May 20, 2011

Mari Main Hack-Hack

Isnin pagi, terdetik hati crow nak buka blog sementara menunggu waktu untuk bergerak ke tempat kerja. Selepas 5 minit crow buka blog, tiba-tiba template blog bertukar menjadi background Matrix. Mulanya crow sangka itu panggilan misi terbaru dari Neo dan Trinity. Mesti Agent Smith bual hal lagi la tu. Koh3.. Tapi lepas crow log-in akaun, password tak di terima. Aik? Pelik. Setelah Crow dan Neo mengkaji punca masalah, rupanya Agent Smith dah pasang "Pak Guard" yang di panggil 'Lone Ranger'. Ini mungkin bertujuan supaya Crow tak dapat masuk dan join misi Matrix bagi menghapuskan Agent Smith. Koh3..

Agent Smith sentiasa memusuhi Neo dan Crow

Amacam? Dah tahu apa sebab blog crow di hack? Logik tak cerita Crow ni? Keh3.. Tapi cerita yang sebenar baru je nak bermula..

Isnin pagi, crow terdetik nak belek-belek rumah crow. Ye la, hari isnin kan kene bangun pagi buang sampah. Kalau lambat lori sampah tak ambil nanti. koh3.. Crow pun keluarlah rumah untuk membuang sampah kat tong sampah awam yang berwarna hijau tertulis "Alam Flora" tu. Crow balik je rumah, tiba-tiba ade notis tertampal depan pintu. Die tulis "Kenapa kunci pintu guna colex? Gunalah solex. Baru kuat! Kami hanya test pintu anda.". 

Err.. Pagi tu crow pun blur2. Dah tu, die solex pintu rumah crow. Macam mane crow nak masuk? Kalau solex je takpe. Pintu crow habis di kopak. Crow blur lagi... Dalam keadaan itu, macam-macam yang crow fikirkan. Di antaranya ialah :

1- Bagi notis je dah la. Kenapa nak kopak template crow? Hacking plus Cracking ke? Pekej ni.
2- Kalau ye pun crow kunci guna colex, itu je yang crow mampu. Crow bukan ade basic I.T. nak gunakan solex.
3- Dalam notis kata, kalau nak semula template asal kena contact Lone Ranger. Sorry lah. Rumah aku kau pagar, aku yang kene pergi tuntut sendiri? Besar hak kau dalam rumah aku? 
4- Kau memang pandai kopak pintu rumah orang lain. Aku berharap sangat, ade orang yang pandai kopak motor kau kelak. Kau bandinglah sendiri.
5- Sampai sekarang aku masih tak faham ape yang cube kau sampaikan wahai lone ranger. Yang aku faham, ilmu hacking yang kau timba adalah untuk "Mari main hack-hack". Silakan. Tapi jangan lupa bayar duit pinjaman pembelajaran kau dulu. Itu lebih penting dari Hacking. 
6- Ape maksud "We just test your security" by Lone Ranger? Adakah sama maksud dengan "We just test your girlfriend" by Crow? Yup. Test. haha.. 


Thousand Thanks To :
Adamxis dan Jejaka Terhangat kerana banyak membantu Crow.


Nota : Ugrrhh.. mari abaikan yang sudah-sudah. Semangat berblog! Come to papa! kemon! koh3..

-Sekian-


11 comments:

cik heroin said...

sy xphm sgt crow, haha, pape pun slmt brblog kmbli ^^

echah mashuri said...

eleh.ckp jela yg blog dia berwajah baruuuuuu.hehheheh....

betul ke besday crow 20 mei?

diana said...

hahha..
rasakan ayat pedas crow..
tapi betul la..
apa tujuan nya..kan??
baik dia pi hack blog atau laman facebook yang dok hina2 agama dan negara kita tu..
betul tak??
ada jugak faedahnya..
ni la namanya menyalahgunakan ilmu yang ada..
tak digunakan kat tempat yang betul.ilmu ada,berjihad la..

faiz said...

org2 yg suka main hack ni sume nak tunjuk hebat je...tapi alhamdulillah blog bro dhah bley masuk balik..

Siti Safiyyah said...

haha sian ko ek TC? :p ayat makan dalam tu tak tahan skali.. hehe



p/s: dah kene tag! XD
http://www.sitisafiyyah.com/2011/05/kenangan-pahitku-contest.html

Jejaka Terhangat said...

haha...siot jek ayat, test gelprend dia dulu. mmg caranya mcm takde adab. dia dah kopak rumah kita pastu kasi solex. kita plak yg kena datang kat dia mntak balik kunci solex tu. haish..

papepun, semoga kejadian ni tak terjadi kat sape2 lg pasni. aku pon tak nak gak kena. hehe..

AISHA INANI said...

blog hg kena hack eh gagak?
risau gak aku kot la jadi kat aku, nangis gila2 laaa...
dah la mmg tak reti apa! HAHA.

Aretikz said...

sabar jak lah bro.. memang dia nak kena penangan genji tu.. xpun penangan falcon.. <-- hanya org tgk cite crow zero dan bloody monday akan memahaminya.. haha..

Siti Suriani said...

xbek men hack2 org tau.. haa :p

Azlan Hasan said...

ko kena hack ngan sape??ko kenal ke org yang hack tu??kalau nak buat tagline pun pegi laa hack pentagon ker??bank negara ker??or mana2 tempat yang ade nama baru laa bleh nak promote tagline..hehehe..btw aku suka tagline ko..xsangka GF pun leh test..hahaha..

Regards,
-Strider-

si macho said...

-__________________________-


menggambarkan sangat -,-"

ta paham weyh ko carut ape ? ==?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...