September 26, 2011

Public Fake Identity..


Sudah agak lama Crow membiarkan blog "The Crow Empire" ni bersawang.. Hari ini, Crow terdetik untuk update sesuatu. Tiada topik yang penting. Cuma mahu update satu cerita kecil, bagi melatih semangat untuk kembali blogging.. :)

Sama seperti facebook. Blog adalah suatu tempat yang memberi ruang kepada kita bagi menyampaikan sesuatu. Tak kisahlah, sama ada berunsur umum atau peribadi. Dan dalam jutaan cerita yang di 'entri' kan dalam blog, Crow yakin korang semua mesti mempunyai blog kesukaan yang tersendiri. Kan?

Masih ada beberapa blog yang Crow follow dikala Crow sendiri tidak aktif berblog. Haha.. Well.. Bace cerita dari blog orang lain memang seronok. Selalu membuatkan kita terfikir, bagaimana mereka mampu mempunyai begitu banyak idea untuk di olah kedalam blog mereka?






Dalam memasarkan entri dan nama blog. Ramai diantara kita mencipta pelbagai jenis identiti. Ibarat nama pena si penulis novel. Begitulah yang cuba diterapkan sebagai identiti termaktub kepada blog ciptaan sendiri. Ramai dikalangan blogger bersetuju untuk memilih "fake identity" sebagai penaung blog atas dasar terahsia.

Masih ingat tentang penulis "Fida Aishah" di dalam blog "adifstory". Beliau adalah seorang yang berjaya dalam menggunakan identiti rahsia bagi menghidupkan 'entri' beliau selama 2 tahun ini. Sehinggakan coretan cerita beliau seperti puisi, nurkilan kisah hidup dan alunan petikan gitar klasiknya mampu mewujudkan fantasi unik kepada setiap pembaca. Crow rasa beliau adalah seniman kecil yang agung..

Kini, tiada siapa yang tahu siapa sebenarnya "Fida Aishah". Walau Crow ada membaca beberapa kisah tentang pembocoran identiti beliau yang pelik-pelik. Tapi bagi Crow, penulis itu sangat berbakat.. :)

Sayangnya rasa.. Bila sesebuah blog yang sangat best untuk dibaca, lenyap begitu sahaja..

Jadi timbul persoalan. Adakah wajar bagi penulis blog untuk menggunakan suatu identiti palsu bagi menjayakan blognya.. Atau perlukah kita sebuk untuk membongkar identiti palsu blogger lain atas sebab iri hati dengan kejayaan blog mereka?



Notadahi : Rupanya blogger juga adalah si penjual ikan.. Haha.. :)


In Memory..


13 comments:

Jejaka Terhangat said...

woah..ni ok lagi kot..aku pernah bongkarkan identiti sorang budak form 4 yang mengaku artis dari indonesia. tp duduk kat Malaysia..dia buat myspace, upload semua gambar kat situ. pastu dia buat blog, aktiviti artis, siap dgn gambar dia letak kat situ. perghh, macam betul la. semua yg kenal dia tertipu..

last2 lepas identiti palsu dia terbongkar..dia naik hangin. last2 hilang camtu je...

bagi aku, kalau nak buat identiti rahsia, takde orang tau takpe la. tp jgn buat identiti palsu gunakan gmbar org lain, pastu ngaku tu adalah dia. erkk..!!!

Unknown said...

kejamnye jejake terhangat...
hahaha..
in memory ???
2 ke fida aisyah yg dimksudkn ???

naqiah said...

hurmm... btol ckp jt.. nak palsu.. boleh... tp jgn guna atas dasar org lain.. :)

Jejaka Terhangat said...

@cintatulip
JT kata kalo nak guna identiti rahsia takpe..bukan identiti palsu. ada beza tu. hehe..=p

MoyMynn said...

T-T perlu ker gune identiti palsu utk meraih pembaca....hmmm...V-v mulan setuju dgn JT ^O^

Solihin Zubir said...

fida aishah? serius bru 1st time dgr.. terkilan jugak x sempat knal blog dia..

try google nama fida aishah tu.. last2 jumpa ni..

http://adifstory.blogspot.com/2011/08/blog-ni.html#comments

ada org lain guna url blog dia...

lepas tu jumpa kt tubelawak plak.. dia ckp fida aisyah tu sbnrnya umur 43tahun..

http://tubelawak.blogspot.com/2011/08/fida-aishah-end-of-story.html

Aiko FarahShahida said...

1st time jugak dgr nama fida aishah.

hanis aleeya aka gadis sepi said...

the problem is, fake profile takkan ajak orang jumpa dia. dan takkan gayut dengan orang yang real secara ramai2, dan takkan ada gambar dengan seseorang yang orang tau memang real, dan takkan konsisten dalam bercerita..

yang nis tak faham, ariff shah yang jelas2 pernah ikut event blogger pun orang kata fake profile.

dan ariff shah kunci kepada fida aishah memandangkan fida dah tak muncul sama sekali sekarang.

dan bukan sorang kot nama fida dalam malaysia ni.

hanis aleeya aka gadis sepi said...

jt, fasal gambar nis tak kisah tapi sangat susah nak buat fake profile yang konsisten selama beberapa tahun.

Anonymous said...

x kenal pun sape fida tu...huhuhu...

red said...

uww.. dua retis komen lah seh.. and aku tak rasa pelik sebab isi TC mantop :D

Anonymous said...

tak sanggup nak letak nama real... cam pelik je.... kui3

The Everyting In My Life said...

wow!!!!retis komen pjg giler....xda org nk komen za smpi cmtu..hahahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...