January 12, 2012

Status Facebook Untuk Cicit Adam


Dalam zaman moden dan serba canggih, Facebook telah memberi satu lonjakan baru kepada pelayar internet. Berdasarkan ciri yang terdapat di dalam laman Facebook, ia sesuai untuk digunakan oleh semua lapisan masyarakat. Persoalannya, apakah yang membuatkan Facebook menjadi satu platform penting bagi pelayar internet?

Sosial. Yup. Satu jawapan yang jelas bahawa Facebook memberi ruang kepada pelayar internet untuk bersosial. Pengalaman Crow sendiri bersosial di laman internet sangat luas. Bermula dari zaman 'Myspace' yang dicipta oleh Abang TOM ANDERSON sekitar tahun 2003 hinggalah kepada laman Facebook yang lebih popular kini di tahun 2012. Perbezaanya, Myspace tidak mempunyai ruang 'Status' untuk di update.

Crow fikir, idea Facebook meletakkan ruangan update status adalah idea terbaik bagi mencatas laman sosial yang lain. Ruang dan cara untuk update status juga sangat mesra pengguna. Tak perlulah korang bersusah payah mencari idea ketika mengupdate status. Perhatikan pada kotak status itu sahaja, ia sudah tertera "What's on your mind?". Andai kata anda tak mampu untuk berfikir apa-apa, juga boleh update status seperti "I'm blurr.." atau "Wa buntu ni dher.." 

Mudahkan? Yes, mudah tetapi inilah kesilapan yang menampilkan kebodohan bersosial didalam dunia maya. Mengapa? Cuba anda update satu status yang ringkas dan tidak bermakna seperti "Aku lapa doh" dan lihat sendiri hasilnya. Yang jelas, jika anda mempunyai rakan yang matang berfikir atau tidak mengambil kisah pada hal-hal yang kecil. Mungkin status anda akan di 'LIKE' atau dikomen dengan mesra. Jika tidak, pasti ada diantara rakan anda akan menabur kata caci maki dan kritikan yang kurang membina dalam hati. Koh3.. Status ringkas tiada input itu bersepah kan? Ini baru bersosial.


FB : Ewah.. Main Poke2 pulak die.. wakaka..


Itu baru sebahagian status yang di update oleh rakan yang dikenali. Belum lagi tentang status-status 'Artis Wannabe'. Mesti lebih banyak kritikan yang diberi. Well, secara jujur crow sendiri kadangkala terfikir apa yang membuatkan kebayakan status yang telah di update oleh 'Artis Wannabe' ini begitu menarik minat ramai. Sebagai contoh, Yuyu Zulaikha dengan status seperti "adoii. pening kepala wa~ -.-" dah menghasilkan 500 like. Wow! Cool kan? Tapi apa yang 'cool' nye pun crow masih tak dapat fahami lagi. Cuma mungkin mereka 'LIKE' atas dasar meminati si gadis cilik ini. Kalau like kerana inputnya. Itu menipu.

Tidak kurang juga bagi yang mengstatuskan ayat agama, politik dan isu semasa. Dengan memberi pendapat atau berita bebas dalam 'kotak sempit' status juga sangat bermakna. Itu sebahagian cara untuk pelayar dalam rangkaian mengetahui dengan lebih lanjut tentang sesuatu isu secara percuma. Risikonya antara fakta atau auta. Koh3..

Crow juga perasan seperkara. Kebanyakan mereka yang mengstatuskan ayat-ayat cinta disaluti dengan alunan berbaur agama amat digemari oleh anak muda. Yup. -Same As Above- Risikonya hanya fakta atau auta. Bukan apa, Crow cuma risau.. Terlalu dibatinkan ayat cinta berkait agama mampu membuai hati dan perasaan. Difitrahnya kelak maksiat juga tidak dapat dielak. Ini realiti. Percayakan. Sujud lima waktu itu belum tentu dapat menahan nafsu. Inikan pula status agama yang mendayu-dayu. Pasti mendatangkan lebih angan belaka, kepada si dara atau teruna. Dan angan ini senjata syaitan. Elakkan. Status agama bukan barang mainan. (Oh ok. jika tak faham ini, sila simpan dalam hati).

Jadi walau apa jenis status yang cuba di update. Itu hak dan kebebasan anda. Kenapa? Kerana anda sendiri yang menanggungnya di akhirat kelak. Wallahu'alam.. Crow pun kalau update status atau bagi komen hanya guna kreativiti sendiri je. Takde had. Koh3.. Sekurang-kurangnya seperti entri ini, ada yang sudi tampil menegur. Itu membuatkan Crow rase Allah masih menyayangi diri ini dengan memberi teguran ringkas melalui hambanya.. Akhir kata, dunia untuk bersosial itu luas dan merata-rata. Apa yang kita lakukan walau sekecil perkara pasti ditimbang-tara. Memang kita bukan maksum, sekurang-kurangnya kita ada usaha untuk saling menasihati dan memperingati sesama sendiri. Jika tidak, siapa lagi? Kan? Assalamualaikum.. 



Notadahi : Comfirm lepas ni ade yang kata crow 'Haters' Yuyu Zulaikha. Koh3.. 
Kemain cetek akal yeh? 



*Apabila sudah lama tidak menaip. Point dalam entri pasti bersepah. 
Haaahaa.. Mood berlatih menaip. ^^






13 comments:

dRopPuc!noo™ said...

:angguk takutnya nak kena jawab kat akhirat nanti.. macam2 dah keluar kat status.. trrr... :ketaq lutut
:idea beringat sebelum tekan 'enter'!

Awan Nano said...

biasanya update status ikut mood..jrg sgt ckp sal diri sndri..sllu post sal agama n nasihat (prngatan utk diri sndri gak)...ngee~~

Jejaka Terhangat said...

kenyataan..org yg post sesuatu yg serius, ataupun ilmiah. ada orang kesah? mereka lebih kesahkan sesuatu yg takde makna. yang tak beratkan kepala..contoh mcm kes yuyu tu la.

aku ingat aku je perasan. ramai yg share post cinta diselitkan agama, gunakan nama Allah. nampak kata2 tu mcm dari ayat al-Quran je. padahal hanyalah manusia yg nak nampakkan cinta tu spt islamik.

contoh, "Allah saje temukan kita dgn org yg salah, utk bagi kita org yg lebih baik"..status ni byk disalah erti oleh remaja. diorg pon pasrah bila clash, dan berusaha cari lain. bg diorg, bercouple mmg perlu dicuba, utk cari the right man. erkk..

The Everyting In My Life said...

bersepah...berabis! :D

pasni terpaksa la buat status mcm serius bagai ek CROW? "sila like" kena tulis kat dlm wall..ujung ayat, supaya byk like :D cool...hahaha..Amaran keras, jika tak like. Block sepanjang hayat :)

cmtu kn? Facebook tu cuma tmpt mereka nk rate kn je. Mybe no.. :) terpulang. Bg za, fb tmpt za ng kwn2 lama jumpa balik. :) tp dependss laaa....hua haha!! kuda ku lari gagah berani!

Unknown said...

haha. tahu takpe. serius tak faham. even status sekadar tande noktah, tapi beriban like. kenapa ea ? annoying :D

CeritaSekupang said...

paling penting amik benda yang baik walaupun yang menyampaikan tu orang yang tidak baik.. :D

lama tak update terus crow membebel..haha...

Unknown said...

yg pasal ayat2 cintn disulami ayat2 quran itu mmg x dinafikak..
takde sape tau niat sebenar si pengepos status tuh..

Anonymous said...

status xda input.. terasa~

Anonymous said...

thanx 4 dis share , at least skit sebyak menyedar kan . hee=)))

Aretikz said...

Selagi mana bernama kebaikan, postlah..

Kalau kata lapar tp kreatif berilmiah pun, memg tip top.. tp konfom susah nak dapat rate.. haha..

Anonymous said...

Crow mmg creaative..n pasti pantas akalnye sepantas matanya yg bisa menangkap bujur lintang arus dunia..=)

✿ Cik AN ✿ said...

Setuju~ Status agama byk yg mendayu2~~ lagi2 yg ngeposnya orang yg kita rindu~~ @ minati~~

Shiqin Sunshine said...

huhuhu... banyak point dalam N3 ni...haha...melalui status tu pon jugak org bleyh tau personaliti kita cmne tol tak? erk koh3~

tp, tataulah kan klu dia tu saje2 update pasal agama kononnya nnt ramailah org yg like kan kan.....pada hakikatnya, dia hanyalah seperti tin kosong...=p tak ok gak tu kan...hikhik >.<

hopefully diorang tak camtu lah.. =) heheh, peringatan untuk diri gak ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...