December 26, 2012

Lagat Sang Hamba

Suasana hingar-bingar di Pasar Malam.. Riuh dengan irama jual beli. Namun pandangan ini teralih kerana berminat memfokuskan mata pada gelagat si gadis kecil yang sedang menangis teresak-esak di hadapan sebuah gerai permainan. Tidak siapa yang menghiraukan si kecil itu kecuali seorang lelaki yang bergelar 'Ayah'. Rajuk si kecil "Ayah jahat ! Ayah Jahat ! Adik nak tu lah!!" Sambil menunjuk ke arah anak patung yang dipamerkan di gerai itu.


Di setiap waktu, ada sahaja gelagat yang berlaku.



Di sudut kamar seorang gadis, pelajar universiti. 12 kali kedengaran nada dering berlegar memecah kesunyian. Namun tidak diendah. "Tittt.. Tiiittt.." Tiba-tiba 1 deringan mesej mengiringi. Di capai lalu di baca. Tertera "Maafkan aku. Jika penerbit luka mu itu adalah aku. Sesal."


Dan di setiap waktu, ada sahaja yang tampil membaik pulih penyesalan.



Tasik indah udara nyaman. Cahaya mekar suasana selesa. Memang sangat di idamkan oleh Sang Jurufoto. "Ok, senyum nampak gigi ya ! Standby !" *Klik (Shutter Release) Tersenyum lebar pasangan pengantin. Sang Jurufoto membelek hasil nurkilan dari kaca mata lensa. Sukses gambar yang di ambil. Memanglah cantik hasil dari beliau.  Sudah 12 tahun berkecimpung dalam arena foto perkahwinan. Umur beliau sekarang 35 tahun. Status, tidak pernah berkahwin.


Juga di setiap waktu, ada sahaja yang mengusahakan sesuatu tidak terkait dengan peribadi.



Anak perempuan, Pelajar Universiti & Jurufoto Perkahwinan. Sejak kecil sehingga dewasa. Mewujudkan pelbagai suasana ragam di dunia. Namun, walau apa yang berlaku dalam kehidupan mereka & sendiri. Suatu ketika nanti pasti semua akan melalui suatu hal yang sama. 

Iaitu merasakan Cinta & merasakan Kehilangan




Suatu saat nanti.. Kamu juga..



Apabila kamu berdiri diluar sana. Kamu akan lihat pelbagai jenis imej, ragam, dan akhlak manusia. Percayalah, mereka tunduk dengan kehadiran Cinta & meratapi Kehilangan. Apa jawatan. Apa bangsa. Apa agama. Apa status mu? Kita sama. Lelah pada perkara yang sama. Kita, isi dunia.

Maha Suci Allah.. Lindungilah kami.. Hamba-hamba mu yang goyah akan nikmat dunia. Perkuatkanlah para ulama' kami yang mewariskan bimbingan persuruh mu. Lebarkanlah akhir hayat kami dengan hati & jiwa yang bertaubat.  



PENTAS WAKTU
Aku mengelamun jauh.. 
Terasa di suatu saat mahu berbicara,
Tentang hal yang remeh temeh,
Mengeluh di hati tanpa suara..
Seperti biasa tiap kita punya rutin,
Dan di setiap rutin yang kita lalui,
Telah berdoa didalam hati,
Supaya masa pantas berlalu.. 
Lalu apabila dewasa kini,
Apa yang dikejarkan dalam hidup sementara?
Ilmu dunia, wang ringgit, kenderaan mewah, 
Orang besar atas kerjaya orang lain,
Dan cinta-cinta.. 
Menjengah kehidupan orang lain seketika,
Paling dekat ibu dan bapa..
Telah separuh abad mereka lalui,
Beralaskan roh dan jasad,
Mengemudi dunia dengan kudrat..
Apa akhirnya perjalanan mereka nanti? 
Para guru dan juga ulama’,
Bimbinglah kami,
Anak-anak khalifah dibumi,
Agar kuat dan terus fahami,
Apa erti kehidupan ini.. 
Pantas waktu berlalu,
Di mana kedudukan kita kini?
Adakah lebih dekat dengan Al-Jannah,
Atau sudah berada di dalam An-Nar..
- by Empayar Gagak -



Notadahi : Sekian, entri bosan..

-Tammat-



5 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum

entry yang bagus..kita tahu kehidupan ini sementara dan kehidupan di syurga dan neraka itu kekal.. tapi adakah perlakuan kita selama ini menjamin kita masuk syurga?adakah perbuatan kita pada saat ini menjerumuskan kita ke neraka?

Try UrSins said...

Assalam..crow, ae..inol ni..nk mintak mf utk sgalny..klu masih ade sisa2 cerita semalam tyang masih berbaki, sy pinta seribu kemaafan ye..n really hoped to be ur fren......fb sme cm dlu..cme crow je yg dh hilang.............

The Crow said...

Hai inol. haha. Past is past. Kita still kawan ya. Salam singgah ke blog crow.

(^_____^)v

The Crow said...

Anonymous :

Hai, saya tulis entri ni bila terfikir saat melihat seorang tua ke masjid. Apa yg dia lalui sehingga si tua ini mahu ke masjid? Adakah dia miskin? Adakah dia tiada bisnes? Adakah kerana dia terlalu byk waktu lapang utk ke masjid? Atau kerana lillahi ta'ala?

Walau apa pun. Setiap kita mencari akan tujuan hidup. Usaha utk dapat masa depan yg berjaya dan bahagia. Luas kerjaya, keuntungan yg ada dlm dunia. Tapi kenapa si tua masih mencari masjid? Kerana sedar. sebagus mana dia di dunia. Masih perlu usaha untuk di akhirat kelak. Tapi usia tidak menjanjikan peluang kita berusaha utk akhirat. Ramai saja yg tak sempat dpt peluang tu kerana mati muda.. dan kita lebih fikir apa yg kita nak capai kat dunia sampai tua. Takut tidak bahagia kat dunia. Takut miskin kat dunia. takut tak bekerjaya kat dunia. :)

Try UrSins said...

Slalu bkk tgok crow update entry..tp crow mcm menghilang je..hehe..lme mnepi?..cian kt blog ni bersawang..thihihi..past is past..^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...