Part V
Bagai petir menyambar pohon, begitulah hati ku yang tersentap merintih dengar. Ku dakap Anis di pelukan erat. Rasa getar tangisan menusuk jiwa ku. Entah lah. Dalam situasi yang suram begitu aku ketap membisu. Namun itu tidak akan mendatangkan apa-apa. "Wahai Anis.. mengapa ke gaung engkau benamkan rasa? Sedangkan si keparat itu telah kuburkan cintanya lama dulu. Mengapa Anis... mengapa?" kata ku sayup-sayup di telinga Anis.

"Banyak perkara yang engkau tidak tahu. Maafkan aku.." Kedengaran suara sayu Anis yang masih sedih atas dakapan. "Anis.. kalau engkau anggap aku adalah sahabat terbaik. Ceritakan lah.. aku juga sakit melihat engkau berkeadaan begini." Tanya ku yang cuba merungkai apa yang tersirat. Anis kemudiannya keluar dari dakapan tangis di bahu ku. Dia mengesat air matanya sambil berkata "Rizal yang kau tahu sebenarnya cinta akan aku. Tulus dan ikhlas. Tidak seperti yang engkau bayangkan. Cuma.." Aku kalut penuh persoalan. "Cuma apa Anis? Kenapa begitu dalam rahsia yang engkau genggam sehingga hati menjadi luka sendiri? Dan itu yang kau cakap dia masih cintakan engkau? Tolonglah Anis, sedarlah dari mimpi ini."
Anis mula memandang arah wajah ku. Wajah tangisannya masih kelihatan. "Biar aku beritahu engkau segala. Bermula dari kisah yang terjadi dua tahun lepas.." Kata anis perlahan-lahan menahan sebak. "Rizal meminta putus hubungan. Tindakan itu sangat mengejutkan aku kau tahu. Sedangkan ketika itu kami masih bersama tanpa apa-apa masalah yang hadir. Cuma, pada ketika itu, cinta diputuskan atas satu sebab. Erlina.. Sahabat aku.. dia sebenarnya menderita fasa akhir penyakit barah otak.." Jelas Anis kepada ku. "Jadi apa kaitannya? Tentang rizal yang sanggup memutuskan hubungan berdua?" Soal aku meminta kepastian.
"Rizal.. Dia itu.. Telah di hajatkan oleh perasaan Erlina. Sebelum aku tahu tentang penyakitnya. Rizal adalah impian terakhir hidup Erlina... Jadi.. jadi.. Rizal menceritakan segala pada aku. Dan adalah cara terbaik untuk berlaku bohong pada Erlina. Rizal berpura mencintainya. Dan semua itu adalah rancangan aku.. Ini yang engkau tidak tahu.." Kata Anis membangkit rasa. "Aku tak sanggup melihat impian sahabat aku terhalang kerana aku. Fahami lah.. Cuba.. apa yang engkau akan rasa bile engkau berada di tempat aku?" Jelas Anis tepat kepada ku.
"Jadi rahsianya, engkau yang memutuskan hubungan itu Anis?" Soal ku keras. "Tidak.. Bukan seperti yang engkau katakan.. sebelum Rizal mula mendekati jiwa Erlina.. dulu.. Sebelum cerita pembohongan di jalankan.. ketika itu Erlina terpaut dengan Rizal. Namun Rizal mencintai aku. Atas sebab penyakit yang di alami Erlina. Kami redha untuk berbohong. Supaya Erlina tabah untuk hidup. Namun selepas bohong itu berjaya. Erlina semakin menampakkan harap untuk hidup lebih lama di samping Rizal. Kemudian aku di datangi Rizal. Dia mengatakan tidak sanggup lagi untuk berbohong kepada Erlina." Anis memfokuskan kisah sebenar kejadian yang telah berlaku itu.
Dalam suasana itu aku hanya mampu berdiam. Tertumpu atas penjelasan Anis. "Aku juga seperti Rizal. Sudah rasa sangat berdosa untuk membohongi Erlina sahabat aku sendiri. Apabila aku berjumpa Rizal bersama engkau waktu itu. Rizal melafazkan kata... Aku berbelah bagi.. Atas pembohongan ini, aku mula memahami Erlina.. Maafkan aku Anis.. aku tidak mampu untuk jauh dari hidup Erlina.. Aku tidak sekuat yang engkau sangka.. Maafkan aku Anis.. maafkan aku.. dan itulah kata-kata terakhir dalam hubungan cinta kami.. sekarang engkau sudah tahu kisah yang sebenarnya kan?" Anis menundukkan kepalanya kebawah sambil menahan sebak di hati.
Sesuatu yang pasti. Nurul Anissa punya rasa yang berbelah bagi ketika itu. Aku cuma memikirkan mengapa bohong itu yang dia pilih sehingga termakan diri. Putusnya mereka bukanlah salah Anis sendiri mahupun Rizal yang aku kotorkan anggapan padanya. Cuma ini adalah soal menjaga hati orang lain dan mereka terpaksa korbankan cinta itu. Memang benar. Selama ini aku juga begitu. Aku hipokrit yang paling besar di sini. Aku mengurung bebas rasa ini. Kerana yang sebenarnya..
"Aku mencintai.. Anis..."

Bersambung...
