February 6, 2011

Yang Pelik Tapi Benar (Blogger)

Tergerak hati aku nak lisankan hal ni. hehe. Hal ape? Hal blogger. haha~ Sebelum aku kenal blog, sebelum aku mula pandai menekan butang 'Publish Post'. Aku dah lame jadi kaki stalker (Stalker yg baik. Ingat tuhan okeh!). Bace entri sana sini. Jutaan manusia punyai blog. Persoalannye, kenapa buat blog?

Kalau 2,3 tahun dulu tak ramai yg berblog. Penat buat blog ni. Lebih baik layan 'mini blog' di Myspace dan Freindster. Banyak geng. (awek pun ramai) keh3... Tapi sekarang, bende2 tu dah tak tip top. Jadi aku belek2 ape sangat lah yang ramai dok buat blog. Jadi aku jumpe 6 sebab mengapa ramai berblog :

1- Serve Nuffnang
2- Serve Nuffnang
3- Serve Nuffnang
4- Pecahkan ruang kebosan harian
5- Tempat luahan rase.
6- Populariti diri di blog sekarang hampir sama dgn dunia sebenar.

Ok. Jadi ade sorang awek yang aku stalker ni, naik menyampah dengan aku. Keh2.. Cerita lama ni. Beliau memberi saranan supaya aku cuba sendiri membuka blog. Free ke? Yup! Okeh, Done! Kata beliau, cube lah bercerita sesuatu, pasti lapang rase di hati. Betul! Blog membuatkan kite sangat berlapang hati dan sesuai untuk di jadikan terapi minda dan jiwa. hehe..

Tapi ada beberapa perkara pelik yang berlaku di dunia blog secara lansung membuatkan aku tak faham. Al-maklumlah, aku kan blogger baru. Baru? Newbie lah tu. keh3.. takpe2.

Perkara pertama ialah Tag. Kenape ade sistem tag2? heheh... serius tak faham. ade yang aku bace, tag ni dah macam minta biodata je. ahaha..Kedua, i Follow u, U follow I but silents till the end? hoh. Yang ni aku faham sikit. Mungkin berkaitan Nuffnang kot? Tarik pengunjung. Marketing strategy la kan? Yang ketiga, aku tak faham kenapa orang perempuan suke sangat cerita hal makanan dan boyfie dalam blog? kah3.. (gelak guling) Serius, yang ni paling tak faham. haaa~

Tapi ade beberapa orang rakan blog yang sangat pelik tapi benar. Blog2 mereka ni kompom mengikuti citarasa aku. Sebab aku follow blog bukan pakai hentam semberono. Aku follow sebab mereka UNIK! Serius beb! Aku fokuskan UNIK disini adalah mengikut pendapat aku k. Kalau korang tak rase Unik, korang (giler) best! keh2.. Mari lihat ape yg UNIK pada mereka :

Antara Blog Unik Pertama Aku Follow

Blog ni aku follow dari sebelum aku ade blog. Dari sebelum Fynn ni kawen dgn Tri. Korang tanye la bile dorang kawen. heheh. Aku tabik dgn mereka. Mereka Unik dan Seni.

Kalau korang nak tau sengatan blog ni. Korang tunggu la time die cuti semester nanti. Keh2..

Awek Ausie yang berbakat dalam bidang seni. Entri2 beliau boleh buat aku tenung atap syiling lama2 sambil nyanyi lagu cinta tiga segi. oh~


Antara Blog Yang Baru (Aku addict) Aku Follow

Beliau adalah kaka yang unik dan rajin menulis entri. Ape yang unik? Seorang wanita suri rumah mengeluarkan entri2 yang ade unsur tips, nasihat, pandangan, dan macam2 lagi setiap hari? Yeh, beliau pemikir yang terbaik. Aku pun tak mampu macam tu. Sob2..
Kalau lah ramai wanita mcm ni, kompom aku kawin 4. Uhuk2... :p 

Mula2 aku masuk blog ni nampak hijau semacam jek. Pecinta alam agaknye. Kemudian aku terpaut pada kata-kata
'Ada masa kita berlawak... Ada masa kita serius'.
Beliau adalah di antara blogger utara yang (jambu) bersopan santun dan berbudi pekerti. Elok di buat menantu ni. keh3.. Kalau korang nak santapan yang berlainan setiap hari? Blog ni paling sesuai. Takkan membosankan korang. haha..

Lain2 Blog Yang Unik

Blog ni dah tahap otai2. Care beliau mengolah cerita memang teramat Unik. Kagum.

Blog ni Cerita makan2, cerita pasal jual tudung. cerita pasal diri sendiri. heheh.. Nak tau ape yang unik nye? Beliau adalah bloger paling cun pernah aku lihat. Keh3..
(gelak guling lagi)
Unik kan?

Ok lah. Aku saje je nak cerita pasal blog mcm ni. Bukan niat nak promo ke hape. Takde keje aku nak buat macam tu. keh2.. Just nak isi masa terluang. Bosan la cuti lame2. Aktiviti time cuti, balik2 kenduri kahwen. sob2.. Bagi aku, blog adalah tempat yang mereleks kan minda. Jadi aku tak berminat untuk ikut rules berblog. Follow di atas adalah sebab aku betul2 Follow untuk mengisi ruang minda. Membaca adalah kegemaran aku. Sesiapa ada membuat entri panjang dan membuat aku pun berfikir panjang, itu adalah entri yang aku gemar. Cube korang buat entri 2,3 page. Kompom aku sorang je yang akan bace. keh2.. Oh ya, terlupa pulak.. kepada blog mereka2 yang kerap aku komen sana sini. Jangan boring dengan aku ek. Chill saja. heheh..



Nanti abang blanje cekelat yeh Mia. tehehe...


Nota : Bagi aku Entri Panjang adalah yang terbaik. Bagi anda? aku taknak tau. keh3...


Akhir kata, semoga umat islam seluruhnya terutama di Mesir kini di lindungi dan berkati Allah dari kancah kuasa yang zalim. Amin~

-Tamat-

February 5, 2011

EPISOD 17:AKU SEORANG BLOGGER



Sedutan episod lepas :

"plan?plan apa?"Haqim bertambah pelik
"kau tunggu sekejap......"Fariq bangun,dia menuju ke keretanya.Dan kemudian mengeluarkan laptop.

Haqim bertambah pelik...

"ok,plan kita ni bermula daripada blog ini........"cadang Fariq



Episod 17

"Eh, nanti dulu.." bentak Haqim. "Apsal pulak ni?" Balas Fariq kehairanan. "Ini? Kalau tak silap aku, ini laptop Ilya kan?" Haqim bertanya tegas. "Kau memang dasar mamat 'Stalker' la Haqim. Sampai laptop Ilya pun kau tahu?." Balas Fariq bernada perli. "Tehehe.. Biasa lah Abang Fariq. Aku syok dekat Ilya kerana cinta sejati. Tak percaya? X-ray la hati.. heheh.." Jelas Fariq sambil tersenyum simpul. "Nasik goreng belacan betul lah kau ni. Takde abang2 lagi sebelum kau betul2 di terima Ilya. Faham?" Kata Fariq melayan kerenah Haqim. "err.. sorry2. Kalau macam tu ape plan nye?" Haqim mengalih cerita.

Sok sek sok sek. Perbincangan mereka di mulakan. Seperti yang di beritahu oleh Fariq. Rancangan mereka adalah berkaitan dengan blog. Selesai mereka berbincang. Mereka berdua bergegas menuju ke 'Restoran Mai Lah Makan'. Destinasi itu di pilih kerana ada wifi free. Kalau bawa laptop tetapi tiada wifi bagaimana mahu berblog kan? Dua perkara ini sangat penting kepada para blogger. Fariq juga berfikir demikian.

Selang beberapa jam kemudian.

"Segalanya aku dah siapkan. Kau tengok ni Haqim. Ini lah blog kita." Jelas Fariq. "Err.. Blog kite? Aduh.. Dengan templet begini dan 2 orang lelaki sebagai tuan blog? Fariq, kau tak rase macam.. err.." Haqim memberi pertikaian sambil menggaru kepala. "Kau rase ape? Ini lah permulaan plan kite tahu?" Soal Fariq. "Duh.. dah la templet purple, dah tu ade gambar kite berdua. Looks so gay lah bro.. ahahaha... ha.. err.. eherm.." Ketawa si Haqim melihat telatah rancangan Fariq.

"Senget betul lah kau ni Haqim. Dah la senget, akal separuh tiang. haih.. Untuk pengetahuan kau, aku buat blog kite macam ni agar Ilya dapat menjiwainya nanti. Kau diam2 je. Kau serius ke nak Ilya ni?" Seloroh Fariq. "Baiklah. Saya diam." Haqim mengiakan Fariq. "Bagus, pandai mengikut perintah. Biar aku terangkan keseluruhan pada kau. Plan aku, kita buat blog ni khas untuk Ilya. Di sini kite luahkan bertapa engkau dan aku terlalu sayang dan memerlukan Illya seperti dalam jiwa masing2. Kemudian kite minta bantuan rakan-rakan blogger yang lain untuk memberi sokongan. Biar Ilya lihat kita sudah berbaik dan kita lakukan ini semua demi membahagiakan Ilya." Fariq menerangkan rancangannya penuh teliti.



"Ha... baru aku faham. Tak sangka bakal abang ipar aku, punya akal lebih setengah tiang dari aku. Bagus2. I do agree." Haqim kelihatan gembira dengan plan yang di buat oleh Fariq.

Beberapa jam selepas mereka mengeluarkan entri pertama, sudah lebih 50 orang dari rakan blogger memberi komen. Masing2 memberikan komen yang positif menyokong usaha Fariq dan Haqim berbaik demi seorang insan bernama Ilya Suhana. Dalam pada mereka asyik berblog menggunakan wifi free. Tiba-tiba ada sesuatu terlintas di fikiran Haqim.

"Jika plan abang ipar aku yang bijak ni berjalan lancar. Bagaimana pula dengan Afiq? Sepanjang kisah aku dan ilya, aku lansung tidak melakukan apa2 yang membahagiakan semua. Baik lah! Aku akan tamatkan segala ini dengan sesuatu yang baik. Agar tidak ada jiwa yang bakal kecewa di akhir cerita cinta sejati ini. Eh? berfalsafah pulak aku ni. keh3.." Kata hati kecil Haqim.

"Tapi bagaimana harus aku mengakhiri segala?" Timbul persoalan terakhir yang membaluti kesah jiwa si Haqim.


Jom layan epilog terakhir!

Jeng..Jeng..Jeng..


Thanks to

Penaung Idea :
(Segmen Mari Menyambung cerita)

Warga Tenaga Kerja :

February 4, 2011

Nak Kahwin Tak? Ala.. Jum la!

Cuti Raya Cina ni, ramai yang tak lepaskan peluang untuk mengadakan (mengada-ngada ni) majlis perkahwinan. Lusa, kawan seangkatan usia dah kemaruk nak kawen.. heheh.. Esok pulak sepupu sebaya aku nak kawen. Aku jugak yang jadi bujang lapok... ape ade hal? Lone Ranger. ahaha.. haha..ha..hampe.. sob2....

Tetibe pulak aku terpikir. Dalam perkahwinan pasti di lakukan atas 2 cara. Pertama, cara pakai redah. Simple! Pen merah pen biru, U marah, I loowve U. Love sampai tua tau! Okeh, Lepas tu kawen. Cara kedua adalah yang di sarankan oleh Agama Islam. Islam menekankan ciri2 memilih bakal suami dan isteri. Bukan jadi 'memilih' ye abang2 sekalian. heheh.. Jadi, di sebabkan aku pun belum pernah pergi ke kursus kawen yang bukan free (berbayar okeh). So tergerak hati nak bace pasal kahwin2 ni. Aku google2 la pasal kahwin (sebab free). Aku bace mane yang best. Dan timbul sesuatu yang hendak di kongsikan. Lihat di bawah :


(Untuk wanita)
“Disukai bagi yang ingin menikahkan anak gadisnya agar memilih pemuda yang bagus parasnya. Kerana kaum wanita juga menyukai apa yang disukai oleh kaum lelaki.”
(Ahkaamun Nisaa’, hal. 203)


(Untuk Lelaki Tulen)
“Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik…” (an-Nuur 24: 3)


(Untuk Umum)
Berdasarkan dari Anas Bin Malik r.a. ia berkata:
“Seorang wanita datang menawarkan dirinya kepada Rasulullah S.A.W. Ia berkata: “Wahai Rasulullah, apakah engkau mempunyai keinginan untuk menikahiku?””

Puteri Anas berkata:
“Betapa sedikit rasa malunya, alangkah buruk wanita ini, alangkah jelek wanita ini!”

Anas berkata:
“Dia lebih baik daripada dirimu. Ia mencintai Rasulullah s.a.w. dan menawarkan dirinya kepada beliau.” (Diriwayatkan oleh Bukhari, 3/246, an-Nasa’i, dan Ibnu Majah


Banyak lagi ciri-ciri yang di sunnahkan oleh Rasullullah S.A.W. tapi yang di atas ni lebih membuka minda aku. Syok bace. Baru tahu, islam juga tidak menghalang wanita untuk mencari pasangan hidup yang hensem2. keh2.. Jadi rupa paras lelaki jugak di titik beratkan. Bukan nye lelaki je yang asyik2 nak carik awek2 cun untuk dibuat bini. heheh..

Yang kedua tu best. Sedarlah, Orang yang berzina adalah hanya untuk penzina. Saranan Dari 'Belia Benci Zina'


Yang ketiga, soal perigi cari timba. Come on babe. It's okay. Aku tahulah adat melayu ni berpantangkan wanita mencari lelaki. Malu anak perempuan terhegeh-hegeh (sapa yg kata?). Tapi Fahamilah kiasan orang tua2 dulu baru nak cakap. Perigi cari timba tu bukan lah bermaksud perempuan tak boleh carik lelaki. Tetapi maksud mereka, Perigi tu berair. Timba tu kosong. Kalau perempuan yang dara atau masih berseri pergi mencari lelaki yang jahanam contoh pada agamanya. Maka bagaimana keadaan bila berkeluarga nanti?

Perigi cari Timba? Wat de hel?

Sebab tu jgk la orang dulu2 ade cakap, pantang anak dara kahwin dengan orang lelaki berkulit halus. Bagi mereka orang lelaki berkulit halus adalah lelaki pemalas. Taknak bekerja. Kesimpulannya perigi (perempuan) ni bakal jadi perigi buta (air kering) kalau pergi cari timba kosong (lelaki hampeh). Alamatnye, perempuan yg akan sara keluarga kalau cari lelaki malas. Biasenye perempuan mcm ni akan hilang seri kewanitaannye (perigi buta) kerana sibuk sara keluarga. Sebab itu lah orang2 tua menasihatkan supaya perigi jangan cari timba. Faham ke? aku tak pandai nak memberi penjelasan. keh2..

Tapi biaselah.. Mind set orang kite ni dah tebal dengan peribahasa tetapi maksud kiasan atau erti tersirat tu tak cuba di fahami betul2. Ingat, Islam tidak pernah menghalang wanita mencari lelaki atas tujuan yang baik. Dan adakah Orang tua2 kite meletakkan peribahasa ini dengan membelakangkan agama? Tidak. Orang tua2 zaman dulu lebih bijak. Maka kiasan-kiasan seperti peribahasa ini mereka ujarkan agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas untuk setiap anak cucu bangsanya supaya cerdik dan menjadi pemikir kepada setiap tindak tanduk melalui peribahasa yang mereka tinggalkan beratus tahun lamanya.

Maaflah.. aku ni tak pandai nak jelaskan tentang sesuatu hal. Kalau ade sesiape yang bace entri ni, harap faham2 sendiri lah ye. Jangan jadi salah faham suda. heheh.. Tapi 'Perigi cari timba' ni aku pun tak pasti mane datangnye. Jenuh jugak mencari makna. Takde dalam Kamus Dewan. Mungkin peribahasa bisik orang kebanyakan yang terpatri hingga hari ini. 'Enau memanjat Sigai' pun lebih kurang maknanye dengan 'Perigi mencari Timba'. Taktau lah aku yg mane satu paling tepat untuk menggambarkan peribahasa ni. heheh..

Akhir kata, Islam memperkenalkan teknik-teknik memilih pasangan yang baik. Bukan untuk jadi jenis yang 'memilih' pasangan okey. keh2..

Nota : Selamat Pengantin Baru Buat Rakan dan Sepupu Ku.
Buat anak cepat2 okeh. Boleh aku kitai anak korang sok. keh3...

(^___^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...