July 26, 2011

Segmen Ilmiah : JOM BERKONGSI HADIS SAMA-SAMA!!

Keliks banner untuk tahu. ^__^


Terima kasih kepada blogger Thesyafiqmokhtar sebab wujudkan idea best dalam segmen beliau. So, Crow nak kongsikan 2 buah terjemahan hadis Rasulullah s.a.w yang di riwayatkan oleh imam Al-bukhari dan Muslim :


1) Hadis pertama
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Permudahkanlah semua urusan dan jangan menyusahkannya, berilah khabar gembira dan janganlah membuat sesuatu yang menyebabkan orang lain lari.”
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Bahagian akhlak & akidah.

Huraian ringkas :
Islam menuntut agar umatnya berdakwah ke jalan Allah dengan penuh hikmah dan bijaksana supaya ia boleh diterima dengan mudah dan rela. Namun, jangan sesekali di salah gunakan maksud 'mudah' dalam agama islam ini. Meski pun islam menawarkan panduan hidup yang mudah, kita wajib patuh kepada prinsip, tertib, rukun dan syariat.


2) Hadis kedua
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
Kemudian diriwayatkan daripada Anas r.a katanya :” Apabila Nabi SAW memberitahu sebuah pernyataan, baginda mengulanginya sampai tiga kali hingga orang ramai dapat memahami dan mengerti perkataannya dengan baik dan setiap kali nabi meminta izin untuk masuk (ke dalam rumah, ia mengetuk pintu) tiga kali dan mengucapkan salam.”
(Riwayat Al-Bukhari)
Bahagian akhlak & akidah.


Huraian ringkas :
 Simbolik tiga kali dalam sesuatu perbuatan bergantung pada situasi dan tempat. Dalam melakukan sesuatu perkara ibadah seperti mengambil wudhu’, kita dikehendaki melakukan pada satu-satu rukun itu sebanyak tiga kali kerana ia adalah lebih baik bahkan termasuk dalam perkara sunat. Tetapi ada juga berlaku sekiranya sesuatu itu dilakukan lebih dari tiga kali akan mengundang mudarat dan keburukan atau jatuh pada peringkat batal contohnya jika bergerak dengan sengaja lebih dari tiga kali sewaktu dalam solat, solat dianggap batal. Kesimpulannya, Islam menekankan tentang kesederhanaan dan menegah perbuatan melampaui batas. Justeru bilangan 3 kali adalah jalan paling selamat. 


Crow berbesar hati untuk Tag Segmen ini kepada :
Nurulee



Notadahi : Kepada Diana J. I tahu u bace entri i. hehe.. So i told u already about rukun dalam islam. Simbolik 3 kali dalam perlakuan adalah rukun (konsep) sebenarnya. Rukun ini mengajar kita supaya tidak melebih-lebih atau sengaja dikurangkan yang kemudian boleh menimbulkan bidaah dalam agama. Dalam islam jangan hanya di fikirkan yang mudah, tetapi islam itu mengajar supaya kita sentiasa besederhana dalam apa jua perkara. Wallahualam..


Yang baik dari Allah swt dan yang buruk datang dari diri sendiri.
-Sekian-


July 25, 2011

Monday Love Story..


Dalam dunia, perkara yang paling besar adalah cinta. Perasaan cinta adalah suatu hal yang rumit namun disenangi oleh seluruh manusia. Cinta itu dalam ertinya. Cinta juga luas penggunaannya. Namun beringatlah, bahawa setiap satu dari hal dunia telah dijanjikan baik dan buruk. Pilihan bukan menjanjikan kebaikan, cara bukan menerbitkan keburukan.

Cinta sememangnya memerlukan pengorbanan. Luasnya erti pengorbanan ini. Sebagai contoh cinta akan agama, maka dikorbankan harta, masa dan nyawa. Jika benar anda mahu lakukan pengorbanan maka kembali kepada rangkap diatas. "Namun beringatlah, bahawa setiap satu dari hal dunia telah dijanjikan baik dan buruk."

Hari ini, crow percaya semua orang mahu memiliki cinta. Ini fitrah kita. Jika gila atau di lahir sebagai cacat akal sahaja tidak dianugerahkan dengan perasaan cinta oleh Allah swt. Namun, mereka tetap telah di janjikan dengan sesuatu di akhirat kelak.

Dalam hal cinta terhadap jenis berlainan jantina, crow juga pernah melaluinya. Setiap yang crow lalui, crow bersungguh-sungguh untuk mempelajari dan memahami mengapa dan bagaimana kesilapan boleh terjadi ketika kita mencintai sesorang. Jadi crow ingin kongsikan beberapa perkara yang perlu kita hindarkan apabila kita mencintai seseorang. Supaya kita sedar dan cuba menghindari dari menyakitkan hati serta perasaan orang lain.


Hindari prasangka buruk
- Apabila kita jatuh cinta atau sedang mencintai seseorang. Hindari dari membuat sangkaan buruk. Walaupun setiap yang dirasa oleh deria (Instinct) mensahihkan tentang sesuatu perkara namun berwaspadalah. Jangan sesekali menaruh prasangka kepada si dia. Prasangka buruk terhadap orang yang dicintai boleh menimbulkan rasa benci, meluat dan jelik yang mendalam.


Niat kerana kebaikan
- Cinta tidak semestinya memiliki. Yakinlah dalam hati, semuanya telah tertulis didalam takdir kita oleh Allah swt tentang jodoh dan pertemuan. Apabila kita mencintai si dia, maka berniatlah untuk melihat si dia bahagia. Walau bukan bersama anda.


Berikan waktu untuk cinta
- Bukan semua manusia mahu bercinta secara mengejut. Berikan waktu pada si dia. Bermula sebagai kawan adalah jalan yang terbaik untuk memberi ruang kepada kedua-dua pihak mengenali diantara satu sama lain. Hal ini sangat penting. Berikan masa kepada diri anda juga untuk menilai si dia sama ada sesuai atau tidak walaupun ketika itu hati anda sedang gopoh untuk memiliki cinta.


Jangan percaya pada bukan fakta
- Ada yang mengatakan, bila seseorang yang anda cintai hanya anggap anda sebagai kawan maka anda sudah gagal. Ingat, bukan anda yang menentu jodoh. Ia ketentuan Allah swt. Berusahalah. Insyaallah.. Jika usaha setimpal dengan tawakal. Maka tiada sebab untuk anda gagal. Perasaan manusia ini berubah-ubah. Dari merasakan hanya sebagai kawan juga boleh berubah kepada merasakan cinta. Cuma anda perlu sabar dalam usaha. :)




Notaddahi : Quotes dalam gambar atas ni lansung tak masuk akal. Koh3.. 
Kalau mahu si dia, usahalah! 
Jangan hanya melihat sahaja.
 Kemudian hati asyik menyalahkan takdir ketentuan Allah. 
Ah.. Nonsense.
Mari usaha dan tawakal. Insyaallah..



July 22, 2011

Ada Apa Dengan Dunia?


Selepas aku dilahirkan, aku di besarkan di sebuah rumah setinggan di Kuala Lumpur. Rumah yang ayah sewa itu banyak memberi kenangan. Di sana adalah tempat aku mula bertatih dan berlari. Kini rumah setinggan itu ranap di atas sebab kemajuan. Cuma tinggal beberapa buah rumah termasuklah rumah nenek yang masih setia teguh menahan arus pembanggunan.

Kemudian apabila aku mula menjejakkan kaki ke sekolah. Ayah telah membeli sebuah rumah batu yang terletak selang beberapa daerah dari Kuala Lumpur. Maka di situ aku dibesarkan sehingga alam remaja. Di tempat baru itulah menjadi tempat untuk aku nakal-nakal bersama kawan. Di situ tempat aku di rotan dan kejar oleh ibu. Dan di situ juga tempat aku mula mengenal tuhan.

Selang berbelas tahun kemudian. Kata orang langit tidak sentiasa cerah. Perniagaan bapa di tipu. Rumah hangus tergadai. Maka bermula kembali episod cerita lama. Sekeluarga berpindah dan menyewa di kampung entah siapa. Malang tiada berbau. Ayah pula ditimpa kecelakaan jalan raya. Nasib sahaja Izrail belum memanggil. Namun cukup membuat ayah sengsara kerana sembuhnya menjadikan dia si tempang tua.

Jika boleh diluah. Aku mahu kata. Aku sayang akan rumah kepunyaan ayah dahulu. Sangat sayang. Sehingga kini apabila aku menjejak kaki di sana, sayu hati melanda. Teringgat-ingat kenangan lalu. Ah... Biarkan. Takdir tuhan itu penentu. Aku sedar di sini bukan tempat aku lagi. Di sini juga bukan rumahku lagi. Kata-kata pemujuk hati.


Rumah Ayah & Ibu


Dalam liku hidup ini. Bukan semua perkara boleh kita kekalkan. Maruah, harta, keluarga dan kuasa. Semua ini pinjaman semata-mata. Dunia ini penyataan sahih. Penyataan bahawa yang kekal itu hanyalah Allah s.w.t. Biarpun kita sayang akan rumah kita, sayang akan keluarga kita tetapi sudah terfitrah bahawa dunia adalah sementara.

Kata Abang Bob "Rumah hanya rumah, perasaan sayang dalam hati. Jagalah perasaan itu baik-baik. Jangan dibiar ranap sebelum mati." haha.. Kau poyo la Bob... Tapi kau terbaik!



Notadahi : Aku sayang rumah ayah.. Biar aku berkubur di sini.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...