April 16, 2012

Lensa, Akad Dan Perempuan



Assalamulaikum,


Dulu, ayah bekerja sebagai jurufoto. Aku dibesarkan oleh ayah dengan hasil titik peluh beliau sebagai jurufoto. Perkhidmatan foto kepada bakal pengantin adalah salah satu yang beliau usahakan. Seawal umur 10 tahun lagi, aku kerap dibawa oleh ayah ke majlis perkahwinan. Sementara ayah sebuk bekerja mengambil gambar, aku cuma tahu makan dan bermain sahaja. Haha.. Seawal usia ini juga, aku telah terdedah dengan majlis akad nikah. Oh, boleh juga dikatakan aku telah menjadi saksi kepada banyak akad yang telah dijalankan, cuma aku bukanlah sebagai saksi yang sah bagi mereka. kekeke..

Dari lensa kamera, merakam detik-detik penyerahan hak oleh wali kepada sang lelaki yang bakal bergelar suami. Dari akad yang di lafaskan, ia tentang penyatuan sah diantara dua insan bagi memperoleh status halal untuk digelar sebagai suami dan isteri. Ini adalah perkara wajib bagi meneruskan kitaran kehidupan. Sejak kecil, perkara yang bermain difikiran aku apabila memerhatikan lagat manusia bernikah adalah kerana cinta. Cinta diantara dua manusia yang berlainan jantina. Cinta yang mereka putuskan untuk sehidup semati. Cinta yang mereka bina dalam kenyataan jua fantasi. Cinta yang diterbitkan untuk memberi harapan kepada masa depan yang tidak pernah mereka ketahui.


Cinta,
Dalam mencapai persetujuan akad, mestilah ada seorang bakal suami iaitu si lelaki dan bakal isteri iaitu si perempuan. Tidak ditanya, adakah engkau mencintai si polan bin si polan atau sedalam mana cinta engkau pada si polan binti si polan? Justeru cinta dalah rahsia hati. Tidak perlu diungkap. Andai kata mahu menikahi, itu adalah bukti bahawa sudah mencintai.





Hal yang pertama,
Secara kasarnya, aku mula membuka segenap ruang dalam hati. Mengenali tentang beberapa sikap manusia yang bergelar perempuan. Hal pertama yang dapat aku lihat terhadap perempuan adalah kesetiaan. Perempuan adalah makhluk yang lebih handal dalam mengawal kesetiaannya. Di lihat dari sudut kesetiaan perempuan ini juga sangat luas. Kesetiaanya terhadap sang lelaki. Kesetiaannya terhadap anak. Kesetiaanya terhadap ilmu juga agama. Lihat sahaja rata-rata perempuan lebih setia mencari ilmu, kemudian setia mencari rezeki untuk anak dan membantu suami andai jatuh tersungkur suatu hari nanti. Kesetiaan cinta mereka kepada lelaki juga tidak perlu digusar. Jarang sekali kita dengar kata si lelaki "Aku risau si perempuan bosan dengan aku dan mencari lelaki lain." hahaha.. tetapi ayat ini lebih jelas kepada sang lelaki bukan? kekeke.. Tentang kesetiaan ini. Kamu semua boleh kupas dengan idealogi tersendiri. Cuma aku lebih merasakan perempuan itu telah diciptakan dengan sifat kesetiaan yang tinggi berasaskan keperluan wujud perempuan di atas mukabumi Allah ini.



(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.
(An-Nuur 24:26)



Pernahkah anda bertanyakan kepada diri "Dimanakah bahagian aku? Adakah aku di dalam golongan yang baik kepada seseorang yang baik atau yang jahat kepada seorang yang jahat?



"Subhanallah kak usrah sangat lembut dan sopan santun
bibirnya asyik sebut nama allah saja
Aku jd cemburu sendiri."




Hal yang kedua,
Mengenali tentang beberapa sikap manusia yang bergelar perempuan. Hal kedua yang dapat aku lihat terhadap perempuan adalah kelembutan hati mereka yang terpendam. Benarlah dalam sebuah hadis yang sahih yang direkodkan oleh Bukhari dan Muslim, nabi berkata, "Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu membiarkannya akan terus bengkok selama-lamanya. Jesteru, berpesan-pesanlah tentang wanita (dengan kebaikan)." Kerana perempuan adalah lembut hatinya. Tidak boleh dididik dengan kekerasan dan juga tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

Demikian, banyak dikaitkan perempuan dalam hal-hal tertentu sebagai fitnah paling besar di Alam Duniawi. Ini juga adalah kerana hati. Hati wanita yang lemah lembut mudah dipengaruhi. Apa yang mempengaruhi mereka ini? Jelas adalah syaitan dan juga lelaki-lelaki yang dikaitkan dengan perkembangan sifat-sifat jahat dunia. Perempuan mempunyai hati yang mudah di sentuh dan di pengaruhi oleh lelaki terutama bagi lelaki yang mereka sukai. Sedangkan lelaki pula mudah dipesongkan hati dengan mana-mana perempuan terutama yang mendabik kecantikan jasad dan rohani. Maka dari sini dapat diciptakan senjata-senjata syaitan bagi mengakhiri kebaikan.

Dengan ini islam tampil menjana hak dan kesucian perempuan-perempuan. Ini adalah perkara yang wajar. Andai perempuan itu di jaga dengan kesucian akidah, maka hati mereka yang lembut dapat menundukkan serta mendorong lelaki-lelaki selaku pemimpin muka bumi untuk lebih bertaqwa.

Jadi tiada persoalan yang perlu kita timbulkan tentang pemisah seperti didalam Surah An-Nur itu. Allah tidak memisah-misahkan hambanya dan membiarkan pasangan jahat itu melarat. Di mana jika kita berada didalam golongan perempuan atau lelaki yang dijodohkan dengan yang jahat atau yang baik, tugas kita adalah tetap sama. Andai kita adalah jahat dan dijodoh dengan pasangan yang jahat, Allah masih membuka ruang taubat selagi nafas masih di bawah kerongkong. Andai kita adalah baik dan dijodohkan dengan pasangan yang baik, Allah masih menyediakan hidayah bagi kita meneruskan kebaikan sehingga akhir hayat. Dan Allah maha pengasih. Disetiap hambanya diberi fitrah berpasang-pasangan bagi melengkapi diantara satu sama lain berasas satu tujuan iaitu menghambakan diri dengan penuh keikhlasan terhadapNya. Dengan kelembutan hati wanita dan keutamaan lelaki sebagai pemimpin maka sejahteralah.

Dan benarlah.. Cinta tidak perlu diungkap.. Apa yang diberi sekarang ini sudah terlalu besar jelasnya bahawa Allah sangat mencintai kita.. Jika kita ingkar, Allah tetap meneruskan rezeki kita. Jika kita mengkeji, Allah tetap membuka pintu taubat kepadaNya.. Apa lagi bukti Cinta yang lebih besar dari ini semua? Maha Suci Allah.. Apabila kita mencintai seseorang, nikahi dia. Kemudian berpesan-pesanlah kepada pasangan bagi mendekatkan diri kepadaNya. Itu adalah ungkapan cinta yang paling Allah mahu dengar dari hambanya.



Allahumma laka al-hamdu... Ya Allah, segala puji bagi-Mu
wa ilayka al-musytaka... Dan hanya kepada Engkau-lah tempat mencurahkan segala isi hati
wa anta al-musta’an... Dan Engkau adalah Sang Penolong
wa la hawla wa la quwwata illa billah al-aliyy al-azhim... Dan tidak ada daya dan kekuatan apa pun jua selain daya dan kekuatan yang datangnya dari Engkau, Tuhan yang Maha Tinggi dan Maha Agung.




Notadahi : Lama dah tak update. Saja suka-suka. Kalau ada yang tak faham entri kali ni takpa. Crow sendiri dah mula rasa janggal dalam menyusun point untuk diceritakan. Koh3.. 



8 comments:

Shiqin Sunshine said...

huhuh 3 gabungan subtopik yg menarik...hihihi..

heheh nak tambah lagi topik ke-4...cinta kekal abadi daripada sang Pencipta... =)

Anonymous said...

Best entry nih =D

kadang2 kita dapat melihat dari segala sudut apabila menjadi 'orang ketiga' dalam sesebuah penceritaan..cewahhh XD

Ninja Turtleneck said...

ohh sucinya post ni

The Crow said...

@Norashiqin Kamaruzaman - dah lama tak gabung2 topik. Saja nak test masih kuat lg ke nak up kan point. tp hasilnya mcm meleret ja. hehehe.. kene rajin menaip neh. :P


@ReYnn - Dari lensa mata. :P

@Ninja Turtleneck - Yup suci. Tiada hadas. :D

Awan Nano said...

best entry crow :bagus

yess...pmpuan mmg setia pun :geleng

teringin nak bersahabat dgn jurufoto..spya hari2 dia amik pic awan...miahahahaha :lari

keet said...

dan untuk semua nilai setia yang telah dicemari, tetap adanya DIA untuk mencitai kita sesungguh hati dengan seteguh-teguh kesetiaan sebagai pencipta hambanya.

Hanum said...

menanti siapakah jodoh kita bukan semudah memilih siapa yg kita suka. walaupun dia yg kita suka, x smstinya dia jodoh kita.

Mss Ieza said...

hebat la crow bleh gabungkan topik nie wlaupun sangat berbeza ketiga-tiga topik..ahaha >.<

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...