December 28, 2012

World Full Of Wow


Ketika aku mengetuk papan kekunci. Itu menandakan ada sesuatu yang aku mahu sampaikan. Jauh di sudut hati, punya sesuatu yang mahu diluahkan. Tetapi, ada suatu rasa yang menghalang. Perasaan untuk menaip sebarangan itu perlu di tahan. Entahkan esok kita mati, tidak mahu segala yang terpapar menjadi bahan dosa di akhirat kelak. Kerisauan yang membalut kesah hati. Maka akan ku cuba untuk menaip sebaik mungkin. Supaya ada kebaikan yang di sampaikan.

Dunia blogging sudah tidak asyik lagi seperti dulu. Blogwalking. Salah satu perkara wajib bagi blogger. Melompat dari satu blog ke satu blog. Sesetengahnya ada di baca. Sesetengahnya pula hanya menyampaikan salam singgah. Tipikal kita. Tidak kesemua entri larat dibaca.

Dulu, apabila duduk di meja komputer. Memasuki satu dunia maya yang seolah "World Full Of Wow". Macam-macam yang kita boleh cari. Macam-macam info kita boleh dapat. Ini juga atas sokongan info dari para blogger. Samada info semasa, mahupun nurkilan rasa yang memberi cas positif kepada akal kita.

Dunia. Lumrah berputar seperti sediakala. Melalui saat jatuh bangun. Melalui saat gemilang dan sukar. Kalau dulu si cantik menaip. Seribu jejaka mengangkat cerita. Kalau dulu si tampan menaip, seribu gadis senyap-senyap 'stalk' di belakang. Eh?? kikiki. 

Menaip. Adalah sesuatu yang sangat istimewa. Ia adalah kesenian yang di anugerahkan oleh Allah. Yang jika baik digunakan, maka kebaikanlah yang terhasil. Itu atas pilihan sendiri. Sama ada menggunakan penulisan atas dasar cari makan, atas dasar mahu mencairkan perasaan hati manusia, atau menggunakan penulisan atas dasar politik dan dakwah Agama. Juga, dalam menaip dan disetiap tulisan boleh dimanipulasi. Atas kebenaran, namun terpesong dengan apa yang ditulis kerana ceteknya ilmu dan egonya luahan tanpa membantah ketidak fahaman apa yang ditulis.



"Seperti itulah aku jatuh cinta, lewat buku dan alam maya. 
Dan di setiap tulisan-tulisan yang kau damparkan itu mencuri hatiku.."


Benar. Perbezaan lelaki dan perempuan tidak ketara sebenarnya. Kedua jantina ini mampu digoyahkan hatinya hanya dengan kata dari sebuah penulisan. Kerana hati kita lembut. Selembut kata yang beralun. Selunak irama yang mampu terhasil dari penulisan. Maka berhati-hatilah. Mudah untuk kita kata, kita tidak berniat untuk mencuri hati sesiapa dengan penulisan. Akan tetapi impak yang diberi menyeksakan perasaan seseorang itu, cuba pula kita lari dari bertanggungjawab. Lalu penulisan dijadikan alat permainan. Yang hilang kesenian. 


Kalau dulu kita guna kertas dan dakwat. Mencoret segala rasa dan di luahkan atas sebuah buku yang sinonim di panggil 'diari'. Benarkan? Cuma apa yang dicoret adalah berlainan mengikut usia. Kalau zaman remaja, buka sahaja diari penuh dengan tulisan cinta dan luahan perasaan yang terpendam. Terkadang ada coretan umpat mengkeji seseorang yang tidak di sukai di dalam diari. Haha.. Berbeza dengan orang dewasa. Apa yang ada dalam diari? Hanyalah tulisan-tulisan bernombor seperti RM200 duit bil eletrik dan sebagainya. kikiki. Jarang orang dewasa menulis tentang jiran yang di benci dalam diari. Benarkan? hehe..


Dan di setiap penulisan itu juga adalah perkara yang ditimbang tara setelah mati. Jika semalam kita tidak menjaga. Bermulalah hari ini. Tidak perlu gopoh juga tergesa-gesa. Perlahan-lahan mendidik diri. Aku juga sama. Perlu lebih berhati-hati dalam menyampaikan apa yang ditulis. Tidak kira di blog, ruang chat, twitter, fb, sms dan sebagainya.. Aku mula belajar. Kerana ia sangat perlu. Supaya kelak tidak ada dosa diantara apa yang disampaikan. Aku faham, terkadang kita gagal mengawal emosi ketika menulis. Tetapi pupuklah didalam hati kini, aku menyampaikan sesuatu yang baik. Agar kelamaan nanti, segala penulisan yang ditaip akan baik dalam sendiri.


Dunia ini terdampar indah. Ada maya dan juga nyata. Is like a World Full Of Wow.. Indahnya membuatkan manusia mahu hidup. Malah indahnya membuatkan kita leka akan syurga. Tempat asal usul kita. Semoga Allah membangkitkan rasa kesedaran sentiasa pada aku. Aku yang menulis.. 


Sesungguhnya, aku ingin membersihkan cermin dihadapan ku. 
Supaya kebaikan yang tertulis dihadapan ku, mampu ku lihat jelas..



Notadahi : Menulis itu sudah tertulis. Atas takdir Allah, maka entri ini ditulis. Maka jagalah penulisan yang ditakdirkan oleh Allah.


-Tammat-





2 comments:

Shiqin Sunshine said...

hahah nice....betol2 kekadang dr cara penulisan kita nak sgt tau org tu sape....lg2 yg si misteri haaa...hahha

The Crow said...

Thanks sikin koz komen. :P

Jangan nak misteri sangat. Nanti kecewa kalau tak hensem. haha.


(^____^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...