June 14, 2010

Aku Berteduh Di Pohonan Rapuh

Part III

Selesai sudah bacaan Surah Yasin. Aku membangkitkan diri kemudian keluar dari rumah itu. Berdiri bersendirian. Aku membakar sebatang rokok kemudian menghembuskan kepulan asap pertama. Aku cuba mencari kelegaan dalam diri. Mendongakkan kepala kemudian memandang ke langit. Malam itu suram lagi kelam. Aku cuba menenangkan diri.

Anis ada bersama yang lain. Bersama rakan-rakan yang hadir menziarahi sahabat mereka untuk kali akhir. Aku cuma melihat mereka dari jauh. Mereka berkumpul bersama. Masing-masing kelihatan bersedih dengan pemergian Erlina. Ketika sedang asyik memerhatikan mereka, pandangan aku beralih kepada lelaki itu. Aku cuba mengingati siapa dia sebenarnya.

Lelaki itu berjalan dan merapati Anis. Dia berbicara sesuatu. Aku terlalu jauh jarak pendengaran untuk mengetahui apa yang sedang mereka bicarakan. Kemudian aku lihat dia dan Anis bergerak ke suatu sudut di halaman rumah itu. Berdua mereka membicarakan sesuatu. Kelihatan gerak gaya lelaki itu sedang menceritakan sesuatu hal yang penting.

Aku terus memerhatikan mereka. Jiwa dan perasaan ku sungguh resah melihat mereka. "Apa yang mereka bualkan agaknya?" kata hati kecil ku pasrah. Sedang aku kusut memikir, hujan gerimis turun menyirami keadaan suram ini. Aku segera masuk ke kawasan halaman yang berbumbung untuk berteduh. Aku memikirkan Anis. Terus aku menolehkan pandangan kepada mereka semula. Mereka redha di timpa hujan renyai itu. Aku lihat anis mendakap tubuhnya dengan sebelah tangan. Dia kelihatan semakin tunduk. Aku memerhatikan dengan lebih teliti. Kerana hujan gerimis itu. Aku tidak pasti adakah anis sedang menangis.

"Mengapa aku perlu sekadar berdiri tegak disini." Aku berkata pada diri sendiri. Aku perlu lakukan sesuatu. Aku cuba memberanikan diri dan berjalan menghampiri mereka. Lelaki itu memandang tepat ke muka ku. Dia tersenyum lalu berkata kepada ku "Kau rupanya. Masih seperti 2 tahun dahulu. Masih sebuk menjaga tepi kain orang." Aku mendengar kehairanan. Aku seperti kenal akan suara lelaki ini.

Aku memandang Anis. Dia masih tunduk dan mengangis. Ya, dia sedang mengangis dan kali ini tangisannya membuatkan aku mengingati semula peristiwa 2 tahun dahulu. Sekarang aku sudah tahu siapa lelaki ini.






Rizal, 26 tahun. Seorang lelaki yang berketerampilan segak dan kemas. Bekerjaya dalam bidang grafik yang di ceburi sejak 3 tahun lepas. Aku semakin mengingati beliau. Dia merupakan bekas kekasih Anis. Dia meninggalkan Anis kerana telah menukar haluan cinta kepada Erlina. Semua itu kisah yang telah berlaku kira-kira 2 tahun lepas. Kini, berulang lagi. Sama seperti dulu, Rizal memutuskan hubungannya dengan Anis dan Anis menangis sama seperti sekarang ini. Kejadian itu semakin aku lupai dan sekarang aku sudah mengingati semula segalanya.

"Ya Rizal. Selamat bertemu kembali." Kataku sambil memberikan senyuman sinis kepadanya. Anis masih berdiam diri. Aku tidak mampu untuk melihat dia dalam keadaan itu. "Anis, sudahlah. Hari sudah hujan. Kita balik. Esok kita ziarahi pengkebumian Erlina." Aku cuba memujuk Anis. "hey, aku belum habis bercakap dengan dia lagi. Kau jangan masuk campur." Rizal meninggikan suara kepada ku. Aku tidak memperdulikan dia. Segera aku menarik tangan Anis dan terus menuju ke kereta.

Ketika aku menyuruh Anis masuk ke dalam kereta. Dia menolak tangan ku. Aku tersentak dengan perilakunya. Bersama air mata yang masih mengalir, dia merenung tajam dan tepat ke mata ku. Aku benar-benar tergamam. Aku merasa serba salah. Aku cuma tidak mahu dia terus menerus mengalirkan air matanya. "Anis, cukuplah kau menangis untuk malam ini. Aku sakit kau tahu. Hati aku sakit melihat kau menangis di depan lelaki keparat itu." Aku membentak. Namun itu hanya sekadar kata-kata dalam hatiku. Tidak sesekali aku berani menyuarakan rasa itu di depan Anis. Siapa aku untuk berasa sakit hati dengan apa yang Anis lakukan?



Seketika..
Andai untuk engkau mengerti,
Di setiap lamunan,
Menjangkau jauh,
Erti di sebalik keistimewaan,
Jiwa ku dan jiwa mu,

Andainya engkau di lambung sebak,
Dakapi bahuku,
Menyanyilah sehingga menitis titis-titis..
Puas kan lah jiwa mu,

Aku ada di sini,
Sentiasa ada di sisi,
Jika engkau dapat merasakan,
Adaikan mahu membuka ruang,
Itu terpulang..
Namun harapan ku,
Bila dunia berhenti kelak,
Aku dan engkau tetap bersama,
Sehingga ke akhir cerita..

Anis...


Bersambung...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...