July 22, 2011

Ada Apa Dengan Dunia?


Selepas aku dilahirkan, aku di besarkan di sebuah rumah setinggan di Kuala Lumpur. Rumah yang ayah sewa itu banyak memberi kenangan. Di sana adalah tempat aku mula bertatih dan berlari. Kini rumah setinggan itu ranap di atas sebab kemajuan. Cuma tinggal beberapa buah rumah termasuklah rumah nenek yang masih setia teguh menahan arus pembanggunan.

Kemudian apabila aku mula menjejakkan kaki ke sekolah. Ayah telah membeli sebuah rumah batu yang terletak selang beberapa daerah dari Kuala Lumpur. Maka di situ aku dibesarkan sehingga alam remaja. Di tempat baru itulah menjadi tempat untuk aku nakal-nakal bersama kawan. Di situ tempat aku di rotan dan kejar oleh ibu. Dan di situ juga tempat aku mula mengenal tuhan.

Selang berbelas tahun kemudian. Kata orang langit tidak sentiasa cerah. Perniagaan bapa di tipu. Rumah hangus tergadai. Maka bermula kembali episod cerita lama. Sekeluarga berpindah dan menyewa di kampung entah siapa. Malang tiada berbau. Ayah pula ditimpa kecelakaan jalan raya. Nasib sahaja Izrail belum memanggil. Namun cukup membuat ayah sengsara kerana sembuhnya menjadikan dia si tempang tua.

Jika boleh diluah. Aku mahu kata. Aku sayang akan rumah kepunyaan ayah dahulu. Sangat sayang. Sehingga kini apabila aku menjejak kaki di sana, sayu hati melanda. Teringgat-ingat kenangan lalu. Ah... Biarkan. Takdir tuhan itu penentu. Aku sedar di sini bukan tempat aku lagi. Di sini juga bukan rumahku lagi. Kata-kata pemujuk hati.


Rumah Ayah & Ibu


Dalam liku hidup ini. Bukan semua perkara boleh kita kekalkan. Maruah, harta, keluarga dan kuasa. Semua ini pinjaman semata-mata. Dunia ini penyataan sahih. Penyataan bahawa yang kekal itu hanyalah Allah s.w.t. Biarpun kita sayang akan rumah kita, sayang akan keluarga kita tetapi sudah terfitrah bahawa dunia adalah sementara.

Kata Abang Bob "Rumah hanya rumah, perasaan sayang dalam hati. Jagalah perasaan itu baik-baik. Jangan dibiar ranap sebelum mati." haha.. Kau poyo la Bob... Tapi kau terbaik!



Notadahi : Aku sayang rumah ayah.. Biar aku berkubur di sini.



5 comments:

feeza macho said...

ade org ckp

" tuhan duga mengikut kemampuan kita"

erk . boleh ke komen cm tu kt entri ni seswai tak ? :apa

:lari

faiz said...

bwk bersabar crow...segala ujian tu nak menguji keimanan hambaNya..

sHy said...

bersabar crow..mungkin dugaan dahulu akan membuahkan kebahagiaan pada masa akan datang.insyaAllah

Mss Ieza said...

setiap yg terjadi ad hikmah, hnya untk mnguji kesabaran seorang hamba kpd penciptanya,,
stiap yg trjadi ad balasn yg kita sndr tidak mmapu menduga krn setiap aturan Tuhan itu adlah hebat :)
sesungguhnya tuhan tidak akn menurunkan ujian melainkn apa yg terdaya olh hambanya

cehh..da cam sjak plak :lari

Unknown said...

uh..sedih lak rasa :(

setiap org ade kisah sedih masing2..kan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...