June 17, 2010

Aku Berteduh Di Pohonan Rapuh

Part IV


Dihadapan Anis aku berdiri. Mengunci segala kata. Pandangan mataku cuba merayau-rayau mencari helah. Namun mata Anis terus merenung tepat kepada ku. Aku berlalu dari situ dan terus masuk ke dalam kereta. Aku menghidupkan enjin kemudian aku berdiam diri menunggu Anis untuk masuk ke dalam kereta ku.

Anis kemudiannya redha. Dia masuk ke dalam keretaku perlahan-lahan. Sebelum memulakan perjalanan untuk menghantar Anis pulang ke rumahnya, aku sempat menolehkan pandangan ku ke arah Rizal. Dia juga sedang memandang ke arah kami. Aku mengabaikan dia dan berdua, kami terus berlalu dari situ.

Sepanjang perjalanan pulang, Anis terus membisu. Aku merasakan sedikit kecewa. Seolah-olah aku ini hanya sebagai penonton yang sedang mengikuti babak drama di televisyen. "Aku perlu lakukan sesuatu. Aku perlu lakukan sesuatu." Kata hati kecilku. Aku memandang Anis. Dia hanya termenung dan menghadapkan pandangannya ke luar tingkap. Aku terus membuat keputusan untuk berhenti di suatu tempat. Membicarakan segala persoalan supaya terus lelap dari pemikiran aku dan dia. Semoga dia kembali kepada diri aslinya seperti hari-hari lepas. Ini niat aku.

Selang beberapa minit, aku memasuki kawasan bukit. Di sini adalah kawasan riadah bagi mereka yang mahukan ketenangan di waktu malam. Restoran di sini juga sangat menarik. Aku pasti di sini adalah tempat yang sesuai untuk aku membicarakan keresahan aku kepada Anis.

Mula memberhentikan kereta, Anis memandang kepada ku. Kelihatan air matanya tidak lagi mengalir. Mungkin dia sudah redha dan berhenti melirikkan perasaannya melalui air mata. "Jum Anis, ada sesuatu yang aku nak cakapkan." Kata ku seraya halus kepada Anis. Dia cuma berdiam dan hanya menuruti aku.







Selesai membeli minuman di restoran, aku membawa anis duduk di para yang tersedia ada di atas bukit itu. Memperlihatkan suasana malam yang tadinya kelam menjadi semakin cerah selepas hujan turun membasahi bumi. Aku memberikan minuman kepada Anis. Di samping itu, aku cuba berfikir bagaimana harus aku mulai untuk berbicara soal tadi?

"Anis, aku bukan nak masuk campur tentang hal peribadi engkau. Cuma aku sebagai orang yang sudah kenal hati budi engkau. Aku ada sesuatu yang nak di tanyakan." Kataku sambil meratapi wajah Anis. Dia senyum memandangku. "Tanya je lah" Balasnya ringkas. Aku terdiam seketika, kerana melihat akan senyuman yang mula terbit di wajahnya itu. Inilah hal yang aku paling tidak mengerti tentang Anis. Dia seorang yang pandai menutupi rasa hati. Dia pantas menyembunyikan sesuatu perasaan dan mudah mengantikan dengan suatu perasaan yang lain. Dia sangat istimewa. Mungkin hanya pada aku. Namun aku faham perasaan sebenar
yang tersirat di dalam hatinya.

"Sejak kau terima panggilan telefon petang tadi, kau terus seperti jiwa kacau. Mendiamkan diri. Tak seperti engkau yang aku kenal pun. Mengapa Anis? Siapa yang menelefon kau petang tadi? Kenapa kau tak jawab panggilan tu" Aku terus meluahkan setiap persoalan yang aku pendam sejak dari mula. "em.. tiada siapa.." Anis berkata di samping riak wajahnya mula berubah dan kembali suram. Aku kalut dengan rasa ini. Sebenarnya apa yang cuba dia sembunyikan?

"Nurul Anissa.. Ceritakanlah.. Mungkin aku boleh bantu kurangkan rasa beban yg kau pendam dalam hati kau tu.." Kataku cuba untuk memujuk. "erm.. dia. Dia yg menelefon. Lepas panggilan tu dia ada mesej aku sebab dia nak bagi tau Erlina sudah tiada.." Luahan Anis kepada ku. "Humm.. Rizal? Ape yang kau dan dia bicangkan tadi? Kenapa kau menangis di depan dia?" Aku semakin berani bertanya. Anis kemudian bangkit dari duduk. Dia hanya diam dan masih tidak menjawab persoalan ku tadi. Aku semakin gusar namun aku cuba bertenang. Aku perlu mengikut arus perasaan Anis supaya dia lebih terbuka untuk meluahkan ceritanya.

"Dia.. ada dua perkara yang dia bicarakan. Aku.. aku cuma rasa berbelah bagi.. kau tak akan faham perasaan aku.. dan aku sendiri keliru dengan keadaan ni.." Kata Anis dengan nada yang lemah. Dia seperti sedang di landa kerumitan dalam jiwa. Aku rasa seolah-olah seperti orang luar ketika itu. Sedangkan pada fiziknya aku sentiasa dekat dengan dia. "Anis.. Cuba kau ceritakan pada aku. Aku cuma mahu lebih faham keadaan engkau. Hati engkau. Percayakan aku Anis. Aku sentiasa ada untuk engkau." Aku merintih seketika. Bicara aku juga sudah keluar dari landasan perhubungan di antara dua orang rakan.






"Kau.. hum.. maafkan aku.. kalau aku ceritakan pada kau pun.. kau tetap tak akan faham.." Anis cuba menegaskan perkara itu kepada ku. Aku semakin hilang tenang di jiwa. Aku mula bangkit lantas memegang kedua belah bahu Anis. "Anis.. ceritakan Anis.. Apa si keparat tu cuba bicarakan pada kau? Tak cukupkah dia sudah menusuk kejam jiwa kau 2 tahun dahulu? Kau sudah lupa Anis? Apa lagi yang dia mahu dari kau sekarang.." Aku menyoal Anis berterusan dengan nada yang agak keras.

Anis mencapai baju di bahagian dada ku dan mengenggamnya dengan penuh erat. Genggaman tangan yang bergetar itu membuatkan aku dapat merasai tekanan yang dia hadapi dari segala pertanyaan ku. "Anis.. maafkan aku.. Aku tak mahu kau di sakiti lagi.. cukuplah peristiwa dulu yang membuatkan kau lemas dalam perasaan.. sehinggakan ajal itu yang kau pilih. Cukuplah Anis.. Jangan di ulangi.. biar kisah dulu lenyap Anis. Lenyap!" Aku cuba bertenang dan memujuk jiwanya yang lara itu.

Air mata Anis yang sudah berlinangan itu akhirnya kembali membasahi pipi. Getar dari genggaman tangannya di baju ku semakin kuat. Dalam tangisan itu, Anis melafaskan sebaris kata "Aku.. Aku masih sayangkan dia..."





Bersambung...



4 comments:

cik intan said...

Guwa menci sama lu...hahhahha

The Crow said...

Mengapakah? :)

cik intan said...

cepat2 hbiskan cerite ini !! huhu

The Crow said...

okeh :P

*Short story with tragic ending*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...