Poyo? Ape tu? Crow pun tak tau. Ape yang crow faham, poyo adalah sesuatu perilaku yang budjet best dan menjengkelkan. keh3..
Ini cerita tentang lelaki yang baik. Lelaki yang memperlihatkan diri seperti seorang yang bertanggungjawab. Tetapi hakikatnya itu semua adalah jalan ke arah kemungkaran.
Ramai juga yang crow lihat, lelaki yang sedang asyik bercinta seolah-olah sedang melakonkan watak sebagai suami. Rajin menghantar si kekasih ke tempat kerja/belajar. Bila kekasih bosan di rumah pada hujung minggu, si lelaki pantas mengambil kekasih untuk di bawa bersiar-siar. Lihat sahaja pelajar-pelajar di Universiti yang di bonceng oleh teman lelaki apabila habis waktu kuliah. Lihat sahaja berapa ramai perempuan yang berdua-duan dengan teman lelaki di dalam kereta pada hujung minggu.
Lelaki jenis inilah yang di cari-cari oleh wanita. Perwatakan lelaki yang bertanggungjawab kelihatan amat sukar untuk di perolehi dan tak boleh di lepaskan.
Tetapi ketahuilah. Ia adalah suatu lakonan yang poyo dan menjengkelkan. Setiap kali si lelaki menghantar dan mengambil si perempuan adalah jalan menghampiri maksiat. Situasi ini adalah penyakit kepada masyarakat kita sekarang. Sikap acuh tak acuh ibubapa seolah-olah memberi lembu untuk di akikah. Memang perwatakan si lelaki itu baik dan bertanggungjawab. Ramai sahaja ibubapa yang kata "Baik budak tu sebab rajin ambil dan hantar anak kita". Bercakap tanpa berfikir sedangkan sesuatu yang haram mampu terjadi.
Zaman sekarang, wali itu hanya di perlukan untuk sign di atas kertas nikah. Yang ketua keluarga itu hanya sebagai tukang beri makan. Akidah anak-anak adalah tanggungjawab majlis fatwa. Bila sudah berlaku zina, itu pula menjadi tanggungjawab polis dan Jabatan Agama. Bila mengandung yang haram. Sudah menjadi tanggungjawab pusat-pusat kebajikan. Inilah sikap kita sebagai masyarakat islam. Islam yang di lahirkan. Bukan sebagai islam yang mencari erti sebenar agamanya.
Tanggungjawab Hanya Selepas Sah Akad!
Cukuplah wahai lelaki. Cukuplah. Hentikanlah lakonan poyo itu. Tiada dalam al-quran tertulis itu tanggungjawab engkau sebagai boyfriend. Cukuplah wahai wanita. Cukuplah. Hentikan harapan pada lelaki seperti itu. Tiada dalam al-quran tertulis lelaki seperti itu yang mampu menjamin syurga engkau kelak.
Cukuplah wahai bapa. Cukuplah. Anak perempuan itu engkau jagai, bimbinglah sehingga suatu hari dia betul-betul di nikahi. Cukuplah wahai masyarakat. Cukuplah. Bukalah minda kita. Sikap yang kelihatan baik di mata bukan bererti baik di sisi Allah s.w.t.
Nota :
Udah ler tu.. Gua sakit mate bila tengok lu angkot awek lu ke sana ke mari.
Gua sakit telinga bila lu cakap "Aku risau jadi ape-ape kat dia nanti"
Adeh.. Kalau lu risau, lu doa suruh tuhan yang jaga dia. Setel!
Lu act lebeh la. Dah macam suami.
Suruh nikah banyak pulak alasan!
Koh3..
-Sekian-
25 comments:
sgt sokong....ini sme hny duniawi semata2..plakon dipentas lakonan cam the life brief candle..=) nice entry the crow :bagus
ta paham
-_________-
woah..entri ni bleh buat ramai boyfriend mithali terasa ni..pompuan pon sama.."i suka boiprend i skrg, caring, slalu blanje i bila kluar, dia jaga i baik"..uwekk..!!! haha..
AHAHAHAH.......ske la yg p/s TC uh...heheh....
poyo poyo~ hahahah XD
p/s: ade plak nak backup kate kapel islamic?? erkk...ade ke dlm islam kapel islamic?? hahahh ade kot....nikah!! abis cite..
AHAHAHAH.......ske la yg p/s TC uh...heheh....
poyo poyo~ hahahah XD
p/s: ade plak nak backup kate kapel islamic?? erkk...ade ke dlm islam kapel islamic?? hahahh ade kot....nikah!! abis cite..
eleh..abg gagak jeles leeteeww..haha
HAHAHA..tERBAIK DOW...
bak kata JT,mesti ramai jejaka "mitali" kat luar sanak terhiris baca entry ko ni..
thumbs up !!
poyot ?? :apa
perot ke?? :apa
lalallaa
Ooo insaf...
nice crow!
insaf aku baca... ;)
inshallah, cuba ke arah kebaikan secara perlahan2. aminn...
aku pon mencari button like tapi tak jumpa.. grrr..
serius mak bapak skrg cam tak kisah je anak2 diorang diangkut sini sana, jenis2 yg kisah plak, anak diorang plak yg tak reti fikir mane yg baik mane yg buruk, asal laki tu dia tgk bley jaga dia mula la dia angau.. kawan ni pun yg manis dibibir berkata2 nak angkut anak orang mmg tak la.. tapi kalo nak jumpa sesekali dengan kawan pempuan ok la kawan takde hal tapi pandai2 la bwk diri sendiri ke tempat yg dituju.. kwn tak kan agkut die dri umah.. hehehe
p/s: adakah ini yg menyebabkan aku masih single skrg ni.. kehkehkeh
Nota :
gua sokong der.. ngeh3. mak ayah yg terlalu menyokong ni pon masalah gak. bertanggungjawap masa kapel je buat ape kalau dah kawen sok tanggungjawap ke mana dia ke mana.
Assalamualaikum...
terbaiklah entry...couple dlm u dah berleluasa.....pg cafe jumpa..pg library jumpa..pg kelas,lagilah ramai couple ni..pg surau xjumpa pula hehehe..apa2 pun, nikah jln terbaik utk mslh couple ni..erk..
wow!ngerila bile hencek crow kasi up en3 serius..ngeri tahu!hee
bye hencek crow!doakan alin jwb dgn jayanye exm nnt eyh!hee
aku terasa gila weyh! haha.. tp dulu la..
skrg gua bujang trang tang tang..
x minat dh nk cintan cintun..
ngabeh boreh saja..
baik kawen teruih!
pes time bace entri mcm ni. semoga2 boifren2 yang mithali sentap. hahahahaha
100 percent skog. agm ttap agm :) adoyai. . .
Assalam TC..:)
haha,terase betul si belangkas yg suke berkepit tu..ngeh2
nasib baik aisya da insaf...keh2..:)
Betul laa TC,ibubapa skang ni macam endah tak endah je..ikt suke ank je nk naik motor ngan laki,siap sokong plak tu..haisshh..
Alhamdulillah, aisya punya mak ayah yang tegas dlm soal bercinta ni..:)
sangat2 setuju dgn crow.koh2.mase ni je tuh,bila dh khwin nnti tgklahhhh
betul!!!!!!!!!!!!!!!based on true story. takyah leee...bercinte bagai nk rak tak menjamin kebahagiaan rmh tangge pas kawen
btul tu bro..kadang2 tanggungjawab camtu laa yang buatkan bila da khawin nnnt da xde feel nak buat..end up perkhawinan tu xlama sebab benda yang sepatutnya dibuat selepas khawin telah dilaksanakan terlebih dahulu..
Regards,
-Strider-
hehehhe.. sgt sakit mate juga .. dh angkut sane sini..kawen ngan org lain plak.. aii sadis nye dunia
baguslag n3 ni crow
kalaulah boleh di share di fb
harus kak ati share tau..hehe
jangan masa bercinta bukan main
lagi caring...
lepas kahwin ...ha naiklah bas
tu sendiri...kan..kan
^__________^
memang ramai yang tersentap ni...
hehhehehe
hua hua hua..
hambek kau.. nice one Crow..
Post a Comment