Tahun 2002 / Bulan Julai / Musim hujan.
Hazwani dan Nazri adalah pasangan kekasih. Mereka adalah diantara kawan rapat aku. Aku ketika itu masih belum kenal erti bercinta. Kami adalah remaja. Melalui saat-saat remaja bersama. Sakan kami keluar melepak setiap hunjung minggu menikmati zaman itu. Muzik punk adalah kegemaran kami. Arak bercampur Coke sudah menjadi minuman rasmi. Aku? Pernah juga mencuba-cuba. Rasanya? Masam + payau + bau busuk = Hina. Mungkin arak itu terlalu di war-warkan haramnya. Jadi apa salah mencuba? Jiwa muda..
Tahun 2003 / Bulan December / Musim hujan.
Hazwani dan Nazri masih pasangan kekasih. Kami masih berkawan rapat. Aku tidak bercinta. Kami sudah memasuki alam perkerjaan. Masih minat muzik punk. Arak sudah tidak di sentuh. Namun masih menjadi tetamu konsert kecil.
Tahun 2004 / Bulan February / Tiada musim
Hazwani dan Nazri masih setia terhadap cinta mereka. Kami masih rapat. Aku single. Bekerja seperti hari-hari. Konsert kecil masih di ikuti.
Tahun 2005 / Bulan Mei / Tiada panas.
Hazwani single. Aku single. Nazri? Beliau mendahuli kami pergi menghadap yang Maha Esa. Hazwani runsing. Tangis jadi mainan seharian. Aku lansung tak berbuat apa-apa. Kalau aku memujuk Hazwani supaya tabah. Apa pula kata Arwah Nazri di sana? Sedangkan aku tahu. Arwah Nazri itu kuat cemburunya.
Tahun 2011 / Bulan Mei / Tak tahu lah musim ape..
Aku telah jauh berubah. Aku teringatkan Hazwani. Teringat tentang cerita dahulu. Cerita ketika tahun 2005.
----------------------------------------------------
Tahun 2005 / Bulan Jun / Masuk musim hujan
Hazwani dan Nazri adalah pasangan kekasih. Hazwani dan Nazri masih pasangan kekasih. Hazwani dan Nazri masih setia terhadap cinta mereka. Selamat tinggal sahabat ku. Cinta itu sentiasa di sisi kamu berdua. Allah s.w.t lebih menyayangi kamu. Aku masih single. Tidak pernah faham apa itu cinta. Mungkin cinta itu adalah hidup mati bersama? Mungkin.. tidak..
Syirik. koh3...
Ini kisah benar. Hanya nama watak saja di ubah. Sesungguhnya zaman remaja adalah zaman yang sukar dan penuh cabaran. Penuh dugaan. Aku cuma gagak. Dalam seribu. Semua sama. Kita akan mati. Sudahkah kita bersedia? Allahhuakhbar..
Nota : Aku berdiri dalam realiti. Aku takkan mati. Aku cuma kembali pada Allah s.w.t. Dan itu yang aku gentarkan. Kerana aku kotor. Malu berdiri dihadapannya..
"Sesungguhnya, Dia Maha Pengampun".
"Sesungguhnya, Dia Maha Pengampun".
Nikmati Cinta Dalam Kadar Agung
Membawa seribu kelekaan dunia..
Berubahlah.. Masih ada ruang..
-tamat-
9 comments:
setiap org ade kisah silam yg hodoh..kan.
tapi semua pn akan berubah..jadi kene belajr menerima kisah silam org tu..
sy bercakap ttg arak.
sesungguh nye sy terkesimawati bace entri ini. :)
cinta hidup dan mati bersama???oh..itu memang tidak sekali kerana orang yang bercinta untuk hidup dan mati bersama sebenarya ialah orang yang pentingkan diri sendiri tapa memikirkan perasaan orang yang lain.. :)
p/s: kepada pasangan bercinta elakan mengucapkan ungkapan hidup dan mati bersama..kerana hidup dan mati adalah di tangan Allah S.W.T
Regards,
-Strider-
sy dalam dunia remaja. Mudah mdhan sy sntiasa dlndungi
btw, LAMA xdtg snggah crow! pekaba crow? ^^
ta faham jugak
lalalala larikkk
:p
cinta?ape tu?hehe..sy x fhm gak..
tp dengan cinta kenal Pencipta..
Dengan cinta kenal RasulNya..
Kerana cinta kenal saudara..
Bahagia keluarga..
Oh indahnya cinta... (^_^)
siapakah sbnrya 'AKU' itu? adakah crow?
zmn remaja mmg zmn yg penuh cabaran dan dugaan..
jiwa muda yg sntiasa meronta utk mencuba perkara baru..
namun, manusia boleh berubah..
syukur Alhamdulillah..
hazwani di mana sekarang ?
abg gagak penah minom...errkkkk
Post a Comment