May 2, 2011

Asas Menyelenggara Komputer

Rasa nak menaip lagi. koh3.. Maklumlah. Cuti-cuti ni kalau tak melepak, crow layan blog je la. Kali ni terfikir nak kongsi dengan semua tentang asas meyelenggara komputer tak kira desktop atau laptop. Next time kalau ade peluang, crow cerita tentang asas menyelenggara server.

Masalah utama yang paling merunsingkan adalah berkaitan perkakas rosak. Bagi laptop dan desktop, masalah yang sering terjadi adalah berkaitan dengan kepanasan atau overheated. Ini terjadi kerana pengaliran udara terganggu. Akibatnya, chipset dan processor cepat kong. Nak repair, boleh mencecah RM200 ++.

Ini Chipset. Keluaran Intel corp.

Cara mencegah. Jangan gunakan lappy di atas tilam / bantal. Sila gunakan laptop cooler / cooler pad yang baik. 6 bulan sekali hantar kepusat servis komputer untuk membersihkan habuk2 dan menukar heatsink gel.

Ini heatsink gel/Thermal paste/Thermal grease. koh3..

Perkara kedua yang paling merunsingkan pengguna adalah berkaitan hard disk. Hard disk rosak tanpa backup boleh mengakibatkan segala data simpanan anda hilang. Selalunya, tanda-tanda hard disk yang hampir rosak akan menghasilkan satu bunyi aneh. "Krek.. Kreek.." lebih kurang mcm tu la bunyinye. koh3.. 

Cara mencegah. Jika anda kerap install/uninstall perisian dalam komputer atau kerap delete apa2 file. Rajin lah buat defragment kepada Hard Disk. Pengguna microsoft window telah di sediakan utiliti disk defragmenter. Atau korang boleh download software defrag yang lain secara percuma di internet seperti di filehippo.com.

Jika hard disk anda mengalami bunyi yang pelik. Segeralah buat backup ke hard disk lain. Manakala hard disk yang hampir rosak itu di format menggunakan software 'low level format'. Insyaallah dapat memanjangkan jangka hayat hard disk.

Jadi, 2 perkara ini yang paling merunsingkan pengguna. Pertama masalah overheat (kepanasan) dan kedua adalah masalah hard disk yang rosak tanpa backup. Jangka hayat perkakas elektronik bergantung pada tahap kepanasan. Lagi panas, maksudnya lagi pendek jangka hayat perkakas.

Ni lah asas yang crow nak cite. koh3.. kompom sume dah tau. Kalau ade ape2 yang nak tanye atau nak di kongsi. Boleh post di kotak komen. hehe..

Nota : Software ibarat nyawa, perkakas ibarat jasad.

14 comments:

Enchik Nine said...

sebenarnya ada yg sekadar mitos sahaja dan hanya perlu dilakukan kepada komputer lama... laptop x perlu lah buat cleaning dalaman... Sbb bhgian dalaman nyer tertutup...

Difrag tu perlu lakukan tapi bukan lah sekerap mungkin... Unistall program x menyebabkan HD rosak, yang menyebabkan HD rosak biasanya penjagaan fizikal dan jangka hayat...

myetech9[dot]com @ Enchik Nine

A.I said...

aku sangat la suka dok online atas tilammm... grr grr!


malas pakai cooler pasal jd tinggi.
sob sob.

Azlan Strider said...

bro..tanya kalo desktop elok x kalo aku bukak penutup tepi tu..ade yang kata elok utk bg pc kurang panas..tapi kalo bukak nnt banyak habuk plak..hehe.. :)

Regards,
-Strider-

Fariq Jalil said...

aku mmg tak bley la nak letak atas tilam or bantal.. cepat je panas.. geram aku.. alih2 siap carikan 1 meja kecik utk lappy ni.. settle problem..

The Crow said...

@Azlan Hasan Kalau gunakan desktop case yang berjenama rasenye tak perlu buka. Biasenye casing yang berjenama dah optimalkan sistem pengaliran haba dan pengudaraan. Tp nak buka pun boleh.

Pasal habuk tu. Buka atau tutup casing pun berabuk jugak. koh3..

Anonymous said...

assalam...hu3.dah lama servis PC nie...jarang buka heatsink PC nie...sbb malas nk kena pasang balik...gambar mcm jarum tuu bukan ker org panggil termo-paste?...

The Crow said...

@►AdamXis◄

aah. bab2 servis mmg leceh. koh3..

Termo-paste btul jgk. Thermal paste, thermal grease, heatsink gel. Macam2 orang sebut. tapi kalau kat tempat crow keje, sume pggl heatsink je. koh3.. Kalau nak di ikutkan, heatsink ni sebenarnya besi pengalir haba antara kipas dan processor. atau besi atas chipset tu. kan?

(^___^)

Unknown said...

aku selalu guna software Tune Up utilities utk maintenance sistem. selalu buat maintenance seminggu sekali..hasilnya, dah lebih setahun tak format2 lg ni. koh3..=p

Unknown said...

6 bulan sekali kena hantar pi pusat servis komputer??ye ke??
akak dah setahun pakai laptop ni tak pulak pernah pi hantar servis.entah berapa banyak habuk dah dalam ni..hehehhe

The Crow said...

@diana

Aah kak. Laptop mcm kereta jgk. dah pakai kene la servis. hehe..

Kalau kat tmpt sy koje, takde sorang melayu pun yg buat servis. Tapi cina, dari pengguna seawal 7 tahun hingga dewasa. Dorang rajin hantar servis laptop tiap 6 bulan. Hasilnye, jangka hayat laptop dorang tahan lebih lama dan tiada mslh.

(^___^)

The Crow said...

@Jejaka Terhangat

Tune up terbaik! koh3.. Sesesuai tuk pengguna windows. Crow cume guna 360amigo.

(^___^)

Anonymous said...

assalam crow...adam dah siapkan utk cabaran minggu ke dua 100penulis...

http://www.adamxis.com/2011/05/100penulis-kalau-saya-seorang-pengarah.html

Solihin Zubir said...

wow.. pakar komputer rupanya crow ni.. heheh...

aku lebih suka guna monitor drp lappy.. sbb screen monitor lg besar.. lg syok.. heheh..

Cik Adza said...

sy sedey~ malam td air tumpah atas lappy.. any idea?



*mcm xkena tajuk jea..*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...