May 1, 2011

Perlukah Hari Pekerja?

Umum semua tahu, Hari Pekerja atau Hari Buruh di sambut pada 1 Mei setiap tahun. Kalau masih tak tau apa itu Hari Buruh dan sejarahnya boleh rujuk SINI

Persoalannya, perlukah menyambut hari pekerja?

Selepas tamat alam persekolahan. Aku mengenal erti alam pekerjaan. Tapi tak jugak. Aku mula kerja part time pun masa umur 15 tahun. Macam2 part time aku buat time tu. Part time jual ayam goreng kat pasar malam. Hantar gas ke rumah orang . Banyak lagi. Waktu tu hanya fikir nak dapat duit je. Sebulan RM300 dalam tangan. RM300 time tu dah cukup besau dah bagi aku. koh3..

Bila tamat sekolah aku mula mengenali pekerjaan Full Time. Tapi bekerja seiring umur muda yang semakin meningkat memang sukar. Lebih-lebih lagi tak berpelajaran tinggi. Jadi dalam kepala otak ni asik berfikir macam mana nak keluar dari kepompong hidup. Tak pernah aku fikir pasal hari pekerja, hak pekerja, dan sistem pekerja. Yang aku fikir cuma nak gaji dan cuti. keh3..

Rupanya, di Malaysia ini luas rezekinya. Mudah untuk mendapatkan pekerjaan jika faham apa jenis pekerjaan yang kita mahukan. Di Malaysia juga ada bekalkan praktikal kepada student. Tapi masalahnya cuma sekejap. 3-6 bulan kita buat praktikal untuk sesebuah syarikat. Lepas tu ke hulu ke hilir lah student mula mencari kerja bila tamat pembelajaran. Kawan aku ramai yang degree cume koje kerani je. Takpe, pelan2. Pelan2 bayar PTPTN yeh! koh3.. Ramai juga kawan aku yang ada degree tapi masih menganggur. Tak tau lah dorang ni mengejar kerja jenis yang macam mane? ish3..

Bagi aku, kerja apa pun jangan memilih. Bukan jawatan yang menentukan pintu rezeki kita. Bukan kerja yang glamour penentu masa depan kita. Tetapi usaha dengan kudrat sendiri. Banyak hadis menyebut :

“Tidaklah seseorang makan makanan sedikitpun lebih baik dari makan yang dihasilkan dari pekerjaannya sendiri, Bahawa Nabi Allah Daud AS makan dari hasil pekerjaannya sendiri,” (Bukhari)

“Barangsiapa yang pada petang harinya kepenatan kerana bekerja dengan tangannya sendiri maka di malam harinya ia mendapat keampunan”. (Thabrani)


Rasulullah saw pernah memegang tangan seorang yang membuat kerja kasar, lalu bersabda:
“Ini adalah tangan yang dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya.”



Sebagai menghargai dan menghormati jasa mereka yang telah berjuang untuk menegakkan  hak dan sistem pekerja buruh. Jadi kita memang perlu menyambut 1 Mei pada setiap tahun. Kalau bukan kerana perjuangan mereka, mungkin sistem kerja 12 jam sehari masih berleluasa. Korang sanggup kerja 12 jam / 6 hari seminggu? Aku tak sanggup!



Selamat Hari Pekerja Kepada Semua Kaki Tangan Awam Dan Juga Swasta!



Nota : Semoga semangat dan perjuangan hak pekerja tidak lapuk! 



11 comments:

feeza macho said...

aku sanggup -________________-

mmg aku keje 12 jam sehari/6 hari minggu

:fuh

Fariq Jalil said...

dulu time skola rajin gak part time.. nak beli keperluan sendiri.. kehkeh...

skrg ni tunggu intern program je la.. adeh.. tak dipanggil2 lagi.. lembap betul.. :p

papepon selamat hari pekerja utk semua..

Latest -
- Diorang Tak Tau Malu Ke Apa??

A.I said...

gagak selamat hari pekerja.

wah rajin betol.
kite teringin rasa life yang macam tuh.
try mcm2 keje, but still im a woman. huahhh!

Solihin Zubir said...

aku keja sindri.. so, hari2 kerja.. xdak cuti.. haha..

selamat hari pekerja!

The Crow said...

Feeeza~ - owh.. rajinnye.. Takpe, insyaallah akan dtg pasti ada kerja yg lebih baik tuk feeeza~


Fariq IDH - Intern prog? mmg lembab. Sabo yeh. koh3..


Aisha Inani - Woman can do more better in a working world. Woman are hard worker. (Ok tak BI sy?) hehehe..


Solihin - Kerja sendiri? Wah! anak muda berwawasan. Berdikari. Syabas solihin. Semoga murah rezeki!

(^___^)

Unknown said...

memilih kerja tu boleh.tapi pastikan kita pilih bila kerja tu kompem untuk kita..kalau nak pilih,pilih la..
jangan pulak pi sana tak de kerja,pi sini pun tak de kerja,lepas tu ada kerja yang gaji rendah dan2 tak mau..
tak sedar diri la tu..
sampai nak makan pun tak de duit boleh lagi nak memeilih??

Aleen Aiden said...

woah,dari skolah da belajar carik dwet sndirik.alin sker yg org yg pndai bedikari neh!keh3

Azlan Strider said...

hari pekerja adalah hari untuk bekerja..jadi bg aku hari2 ialah hari pekerja..kecuali sabtu dan ahad...hehehe

p/s: gurau jer..

Regards,
-Strider-

Aida Azura said...

syok ke ari pekerja? x sabaq nk merasa hehe...

Unknown said...

eh!!kenapa komen akak tak de kat sini??
kamu buang ye???
tak pe..jaga kamu!!!

eh!!cer cek komen akak tak kat spam nun!!
ada dak??heheh

The Crow said...

@diana

aah la kak. Kat spam. Asal ek blh lari ke spam. adeh..

(^___^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...