Pernah juga, apa yang baik kita berikan. Buruk adalah balasan. Kadangkala, berlaku buruk itu pula diberi balasan yang baik belaka. Sebagai contoh dalam konteks blogger. Post berunsur agama, nasihat dan manfaat kepada pembaca di buat khas bagi memberi kebaikan kepada semua. Namun hasilnya, tiada impak pada sesiapa. Fokus hanya di berikan kepada entri berunsur lawak jenaka, lucah, kritik, gosip dan sebagainya. Umpama emas zhulian di beri percuma. Ramai sahaja yang menadah tangan malah berkongsi tunjuk-tunjuk pada semua.
Dunia blog semua jenis judul pun ada. Di olah oleh seseorang untuk menarik minat pembaca. Jalan cerita? Itu perlu ikut sikap semua. Mahu lakar cerita yang baik, mesti selit unsur-unsur lawak jenaka. Tak kurang yang berlucah sahaja. Kerana ini yang di terima pembaca. Kalau asyik serius bercerita. Pembaca pun mudah bosan. Betul tak? Siapa yang mahu singgah untuk jenguk entri berisi dan baik namun asyik serius semata?
Dari penulisan hingga ke pembacaan. Pembaca juga main peranan. Di sini ceritanya berbeza. Yang baik-baik sahaja. Dia komen "betul. Tak baik bla.. bla.. bla..". Di sana ceritanya berbeza. Yang geli-geli sahaja. Dia juga komen "hahaha.. betul. Bla.. bla.. bla.." Eh? Atas pagar rupanya. Ingatkan yang baik kau kendong yang buruk kau cicirkan. Rupanya dua-dua kau sapu. Ringkasnya, Iluvislam itu kau singgah baca, BeautifulNara kau 'bookmark' kan. koh3...
Jadi aku merumuskan, bukan yang baik dan buruk kita pertikaikan. Tetapi, kedua-dua itu adalah inti pada sikap kita. Menerima kedua-dua secara terbuka samada yang baik atau buruk.
Jika aku kata begini "Jaga 'kemaluan' diri. Koh3.. Kerana malu itu sebahagian dari iman." Nada seolah berbaur lucah. Atau "Jagalah sifat malu dalam diri. Kerana sifat malu itu pedinding iman seseorang." Nada lebih serius dan tepat. Namun yang mana mudah di terima oleh pembaca? Oh yes. Sudah pasti nada yang pertama.
Hakikat tetap hakikat. Yang menyatakan kebaikan dengan cara keburukan itu tidak pernah ada dalam ajaran atau dakwah islam. Nyata sekali dalam dakwah Rasulullah s.a.w. tiada intonasi berbaur kritik, lucah dan sebagainya ketika menerangkan kepada umum atau menyampaikan sesuatu.
Hari ini, bila menulis tentang suatu isu, kita bolak balik cerita dengan kretiviti lucah dan kritik supaya pembacaan menjadi lebih seronok dan meriah. Ada kita kesah? Tentulah tidak. Kerana jalan cerita begini sudah tecerna dalam minda dan hati. Lagi meriah cerita, lagi 'stim' la nak bace. koh3..
Nak lagi stim kalau cerita pasal awek2. Awal cerita tentang gadis gedik. Akhir cerita tentang nasihat kepada gadis supaya jangan gedik. Tak elok. Ahahaha.. Agak brengset di situ.
Cara penyampaian akan memberi impak pada semua.
Apa yang kita beri, kita akan dapat kembali. Yes. Penulis menyampaikan tentang sesuatu kepada semua. Pasti si penulis dapat ganjaran setimpal dari apa yang telah di sampaikan. Tidak kiralah menulis di blog, di medan akhbar, media, di dalam majalah atau buku. Kesemua yang kita sampaikan tetap di hitung di hari perhitungan nanti. Wallahualam... Bermula dari akal turun ke hati, dari hati kita suarakan melalui mulut dan tangan. Di setiap penyampaian pasti dua. Cara baik atau buruk. Dan penyampaian itu telah di janjikan perhitungan 'Nya' kelak.
Adakah menulis itu satu kebebasan? Adakah persiapan kita sudah cukup untuk menyampaikan sesuatu kepada umum? Masihkah wajar untuk anda lisankan "Ini blog aku, aku punya suka"?
Fikirkan pepatah ini :
Naik tanpa persiapan,
Turun tanpa penghormatan.
Jika bukan di sini.
Pasti di akhirat nanti.
Nota : I'm not a blogger. I'm just an ordinary writer. koh3...
-Sekian-
6 comments:
yep. kelucahan di blog agak melampau sekarang. walaupun mesej yang nak disampaikan tu bagus, tapi agak tak syok aaa kat situ...
aku pernah tulis dlu, nak jadi blogger ni bukan mudah. kita letakkan diri kita antara buat pahala dan dosa. mana satu yang kita pilih?
"Jagalah sifat malu dalam diri. Kerana sifat malu itu pedinding iman seseorang."
fm pilih yg ni lah gila =="
memandai je ckp stu lg tu kan sepak kang =="
mende tah stim tuh pon aku ta tau
ayat pelik2 je crow .bako sat gi tau lah =="
setuju dengan 'what u give, u get back" tuh. blog kita sendiri yang mencoraknya.
Latest Entri :
Sana Sini Orang Kahwin : Rumah Ke Dewan?
alamak.. aku pernah guna tajuk "saya suka tgok body mantap awek saya".. mcm mana ni crow? huhu..
yes..aku setuju dengan ape yang ditulis..tapi yang tak tahan tagline last skali tu..hehehe :)
Regards,
-Strider-
Post a Comment