June 8, 2011

Hujah 'Couple' Dah Basi! (Part II)


Berdasarkan pembacaan crow tentang isu 'kapel' (Couple) itu haram, isu 'kahwin dulu baru bercinta' dan satu lagi isu 'Kapel dan Babi'. Anda boleh baca di SINI, SINI dan SINI.

Crow dah kupaskan sedikit dalam entri lepas di SINI. Ini isu tentang pasangan lelaki dan perempuan yang bercinta tanpa ikatan yang sah. Di gelar masyarakat sebagai 'kapel' (couple).

Abang Salih kate "Ape barang kapel? Kawen terus!" keh3..

Dalam entri ini Crow menegaskan bahawa tiada istilah kapel/berpasangan/bercinta adalah haram dalam islam. Dan hukum haram bagi babi tidak boleh sama sekali di kaitkan dengan haram yang lain. Berulang kali crow tegaskan, haram itu bersebab. Dan setiap yang haram itu tidak sama haram dengan yang lain. Maknanya, satu-satu perkara yang telah Allah s.w.t haramkan mempunyai sebab-sebab tersendiri dan tidak terkait antara satu sama lain kecuali dalam golongan yang sama. Hanya persamaannya adalah ianya telah di larang.

Babi itu haram yang tergolong dalam haram makanan manakala kapel/berpasangan/bercinta jika di katakan haram, ia adalah tergolong dalam sifat manusia. Telah di haramkan fitrah babi, samada dari menyentuh, memakan, berperilaku seperti babi dan sebagainya. Tiada apa yang boleh menegah/mempersoalkan akan fitrah babi yang haram walaupun harus memakan babi jika darurat tetapi babi tetap haram.

Manusia mempunyai fitrah ingin berkasih, bercinta dan memiliki pasangan. Fitrah ini pemangkin perasaan lelaki dan perempuan untuk berdua/berkapel//berpasangan. Jelas? Jadi persoalannya, adakah bercinta/berpasangan sebelum di ijab qabul itu haram?

Soalan
Assalamuailakum ustaz...apakah hukum berkapel?..adakah salah seseorang itu berkapel?

Jawapan

Hukum berkapel hukumnya adalah harus dengan syarat menjaga batas-batas pergaulan yang ditetapkan dalam Islam iaitu dengan menutup aurat, tidak berdua-duaan kecuali ditemani mahramnya dan berkomunikasi dengan bahasa yang sopan dan tidak melanggar syariat Islam.

Petikan soalan dari islamgrid.gov.my


Jadi crow fikir, maksud kapel pada masyarakat kite sekarang adalah di kaburi dengan gejala-gejala berdua-duan, 'rengan-rengan', mengandung anak haram dan pelbagai lagi. Jika begitu, zina dan maksiat memang punca utama mengapa sesetengah mengatakan "haram jika berkapel".

Ketahuilah, sikap yang ada dalam berkapel seperti diatas adalah dari pengaruh barat, media, filem-filem yang menonjolkan aksi tidak baik pada kita bermula dari kecil. Kita tidak pernah di tonjolkan cara untuk mencintai insan berlainanan jantina dengan cara yang betul dan tepat mengikut ajaran islam. Tiada lansung bimbingan dari awal kepada kita bagi menyalurkan rasa cinta ini kepada berlainan jantina.

"Secara kasarnya ada sesetengah ulama menganggap mengurat dan bercinta itu halal tetapi kebanyakkan ulama yang lain pula menganggap haram. Bagaimanapun dikalangan ulama Fekah terdapat beberapa orang ulama yang merupakan pencinta yang hebat seperti Daud az-Zahiri yang merupakan imam Mazhab az-zahir"

" Tidak dilihat (penyelesaian) bagi dua orang yang cinta-mencintai kecuali NIKAH " ( Riwayat Ibn Majah, al-Hakim, sohih menurut al-Hakim, As-Suyuti , Al-Jami' As-Soghir, no 7361, 4/397 cet Jahabersa). - Tidak menyatakan haram berkapel.

Syeikh Al-Munawi menegaskan ubat yang terbaik bagi pasangan yang sedang asyik bercinta dan kasih adalah Nikah ( Faidhul Qadir, 5/294) - Tidak menyatakan Haram berkapel.

Jangan menghebahkan kepada awam sekali mana belum di ijab kabulkan, kerana ikatan ‘janji untuk berkahwin' boleh membawa fitnah dengan mudah. Ia juga boleh terungkai dengan beberapa cabaran semasa pertunangan. ( Nizom al-Usrah Fil Islam, 1/214) - bertunang juga masih di kira berkapel kerana belum di ijab kabul.

Yang sebenar-benar haram ketika berpasangan sebelum di ijab qabul adalah :
  1. Haram bersentuh, menyentuh satu sama lain.
  2. Haram ber"dating" dan berkapel tanpa disertai mahram yang thiqah.
  3. Haram berbicara dan bersembang dengan syahwat sama ada sms, phone, chat, mesengger.
  4. Awas fitnah masyarakat sekeliling.
  5. Awas fitnah dalam diri anda dan pasangan.
  6. Haram melihat kepada aurat masing-masing.
  7. Awas daripada bertukar gambar.
  8. Awas daripada hebahan umum sebelum di ijab kabul.
8 perkara diatas bukan lah haram dalam berkapel. Tetapi lebih tepat adalah haram bagi lelaki dan perempuan melakukan perkara diatas kepada berlainan jantina. Jelas??

Jadi isu haram adalah sangat besar. Jangan kita samakan satu hukum haram dengan hukum yang lain. Jika begitu, manusia akan bermuka-muka. Contohnya, alang-alang pegang tangan awek, lebih baik rase secebis daging babi. Haram juga. Alang-alang mencuri kuih sebiji, lebih baik merogol anak dara. Haram juga kan? koh3..

Yang haram itu bersebab. Dan di setiap yang haram itu tidak boleh di kaitkan dengan haram yang lain. Mengapa kapel yang haram, memakan babi yang konon di islamkan pula di jadikan contoh? Logik ke reka cerita ade orang mengislamkan babi? Koh3..  Kan lebih logik kalau membandingkan haram kapel dengan haram merogol. Rogol la macam mane pun. tetap haram. heheh.. Tapi janganlah pulak ade yang buat. koh3.. Crow pulak yang menanggung nanti. keh3.. Oh.. nanti senang2 crow cerita tentang "kahwin dulu baru bercinta". Syok, perempuan mesti suke. Sebab ade banyak kebaikan pada perempuan. koh3.. Banyak kebaikan pada perempuan? Yup, tapi sila jangan gedik sangat okeh. tehehe...



Nota : Ade ke yang sudi membaca entri crow ni? koh3.. Entri panjang berjela, pening orang nak memahamkan... Jejaka Terhangat tolong ajar crow.. sob2..


-Tamat-



13 comments:

hanis aleeya aka gadis sepi said...

wow! hujah yang kukuh ^_^

Unknown said...

konpius =,=

momoi mee said...

moi sudi bace lorr..mmg the besh la ini n3!!

faiz said...

btol tu...kapel boleh jatuh haram disebabkan faktor2 tertentu..

Solihin Zubir said...

1- kenapa disamakan dgn babi? oh.. yg itu ada dlm hadis...

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Majah menyatakan bahawa "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram".

ok.. adakah anda ingin mempertikaikan hadis? adakah anda ingin mempertikaikan logik atau tdk hadis tersebut?

kita kena faham.. itu hnya perbandingan.. betapa perkara itu sgt ditegah..

2- kita dikurniakan akal utk berfikir.. knapa mesti ckp, alang2 mencuri, lbih baik merogol? sbb dua2 haram.. knapa x ckp, alang2 puasa, lbih baik disusuli dgn amal sedekah.. dua2 dpt pahala..?

3- kalau aku ckp berzina tu halal mcm mana? dgn syrat buat kt tmpt tersembunyi.. jgn bg org nmpk n jgn bg Allah nmpk.. heheh.. boleh ke nk penuhi syarat2 tu?

4- Kita ini dengan Nabi Adam, siapakah yang lebih hebat lagi?

Bukankah Adam tertipu oleh syaitan? Bukankah Adam diturunkan ke bumi kerana tertipu dengan syaitan?
Dalam kehidupan kita, ada syaitan yang telah bersumpah untuk menyesatkan kita dengan bersungguh-sungguh.

5- Syaitan bukan bodoh. Syaitan adalah makhluk yang berjaya membuatkan beberapa kaum membunuh nabi-nabi mereka, menundukkan jutaan abid dan yg berjaya memperdayakan Nabi Adam. Inikan pula kita?

Walaupun pd mulanya kita mengikut syarat2 tersebut, adakah iman kita yg senipis kulit bwg ni mampu melawan? sedangkan kita boleh ambil pendekatan utk menjauhinya.. yakni budaya couple islamic kononnya tu..

*fuh! pnjgnya.. dh bleh wat entry ni.. heehheh.. sory crow.. aku masih tegas yg budaya couple tetap tdk digalakkan..

kiwi said...

fuh! panjangnya hujah crow. tapi hujah ni memang baik. kesimpulannya couple tu tetap haram. tapi crow perasan tak, ramai jugak jadikan bertunang sebagai tket untuk ber'couple'padahal dalam islam pun kata haran sebelum ijabkabul. aha. kalau crow rajin boleh ulas pasal tu jugak :P

NuSaNa NoSa 91 said...

crow, mmg la dlm Islam xdiharamkan kapel.. sbb pe?? sbb xde istilah kapel dlm islam.. istilah ni timbul drp org2 barat.. dan 'ulama bg fatwa kapel tu haram sbb lebih byk keburukan drp kebaikan..

so, klu xbleh berkapel, camne nk kenali psgn kita?? xkn nak kawen terus?? klu jd pape, bercerai.. senang je nk cerai.. *mesti ramai yg tanya camni kan??*

dlm islam mmg xde istilah kapel.. tp ada istilah tunang.. time tempoh pertunangan tu la, kita berkenalan ngan psgn kita.. tp tetap ada batas2 tau sbb pertunangan bukan tiket menghalalkan hbgn antara lelaki ngan perempuan.. dan sbb tu juga la islam suruh kita merahsiakan pertunangan sbb bila putus, xrasa malu..

xpe la.. nanti, klu ada masa, keen buat entry sal ni..

mawarberduri said...

sy sgt memahami maksud dan hujah crow :) alhamdulillah satu kupasan y baik :)

dan sy juga menyenangi ketegasan SZ dlm mpertahankan pdirianY, alhdmlh :)

begini, andai belum pernah bc buku karangan Fatimah Syarha Mohd Noordin y btajuk 'Pemilik Cintaku selepas Allah dan Rasulullah', sy sarankan kita semua agar memilikinya dan membacaY :) byk ibrah y boleh diambil insyaAllah :)

jika si lelaki tlh dgerakkn ht, hatiY merasa senang dgn agama, akhlak (or we could say her beauty as well?) seorg muslimah, maka istikhoroh dan musyawarah la dgn org2 y kte thiqah. cth : pensyarah y kita yakini agamaY. stlh mntp kyakinan ht, yakin dgn ptnjuk Allah, kmudian nyatakn isi hati kita kpd psyrh. psyarah akn mhntr wakil dr phk muslimat u mrisik si gadis TANPA MENDEDAHKAN IDENTITI SEBENAR ikhwah y merisik.

andai bnr si akhawat tlh mntp, yakin dgn istikhorohnya, ykn dgn musyawarah y dlakukn bsama murabbinya (naqibah) maka dy pn menerima. stlh menerima baru dkhabarkn gerangan siapa y merisik.

kmudian perhubungan mrk blangsung dgn org2 tgh mrka. cntoh, ikhwah nk tahu biodata rgks si akhawat, ikhwah hntr msj ke ust A, ust A smpaikan ke ustzh B, ustzh B smpaikan kpd akhawat y telah dirisik dan telah HARAM HUKUMNYA u dpinang lelaki lain kerana dia TELAH MENERIMA lamaran ikwah y merisik itu td. baik, scr ringkas, phubungan mrk (melalui sms atau emel)adlh :

ikhwah>ust A>ustzh B>akhawat.

jelas bukan? mknaY sgala isi kndungan sms mereka habis dbca oleh org2 tgh y bpangkat ust ustzh y mereka thiqah (percaya)itu.

dan andai telah tbe saat ke arah pbincgn y lebih serius ke arah pertunangan ataw pnikahan, maka MUNGKIN dibolehkn u trus bhubung scr direct kpd si akhawat. tp mgkn jika u mengambil sikap wara', kita boleh fwd msj y kte beri kpd si bakal zaujah (isteri) kte tu, fwd skali ke ust A atau ustzh B.

again, TIADA luahan perasaan spt 'ana rndu kt ukhti, ana syg kt ukhti, perasaan dan ciinta ana hnya suci dan tulus utk ukhti' NO SUCH NONSENSE.

luahkan perasaan kamu SLEPAS nikah. rs itu sy psti da wjud sblum nikah, seawal bhubung mgunakan org tgh, tp dipendam.

krn ap?

al-haya' (malu) y mguasai diri,lantaran iman y ckup mendalam kpd ALlah dan Rasulullah.

tegakkan fardhu Muslim, kemudian baru pk baitul Muslim (rumhtgga Muslim) kalu fardhu Muslim pn xlepas, tak usah berangan ke arah pbinaan BM.

everybody may has their own rumahtgga, tp bukan semua org memiliki baitul Muslim (BM)

sy teringin sekali mdengar ulasan dari crow dan SZ bkenaan pdpt sy ni :)

Aida Azura said...

hujah yg bgus cmni msti rmai yg bca ^_^

The Crow said...

@Solihin Zubir

heheh.. solihin, crow balas komen no 1 je eh. Yang pendapat lain tu terbaik.

1- kenapa disamakan dgn babi? oh.. yg itu ada dlm hadis...

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Majah menyatakan bahawa "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram".

ok.. adakah anda ingin mempertikaikan hadis? adakah anda ingin mempertikaikan logik atau tdk hadis tersebut?

kita kena faham.. itu hnya perbandingan.. betapa perkara itu sgt ditegah..

_____________________________

Jawapan crow :

Betul. Menegah dalam islam adalah melarang dari melakukan. Jadi contoh2 di beri adalah untuk umum tahu akan perbandingan. Yg ni crow setuju. Dan crow setuju jika solihin tegas dengan pendirian. ini terbaik.

hadis tu pun crow setuju. Tapi crow minta mana-mana riwayat yg membandingkan seorang manusia yang mengislamkan babi lalu makan babi tersebut untuk di bandingkan dengan haram manusia bersentuhan dalam konteks 'kapel/bercinta/berpasangan act'.

Riwayat ibnu majah itu menceritakan tentang perihal babi yg terfitrah haram lebih baik di gomol berbanding haram bersentuhan dengan dengan bukan muhrim. Tapi tak timbul persoalan ke? Takkan lah babi lebih baik di gomol kalau nak banding dengan sentuh perempuan. Logik, sentuh perempuan lagi baik dari gomol babi. betul tak?

Riwayat itu pendek dan kurang jelas. Jadi orang akan banding secara ajaran sesat :
1) gomol babi boleh jika di banding sentuh perempuan
2) Riwayat tu hanya kata sentuh perempuan. Jadi perempuan boleh sentuh lelaki

Tapi riwayat tu sebenarnya memberitahu kita tentang satu bandingan. Gomol babi itu dosa dan haram namun mudah di sucikan dgn sertu. Bersentuhan dengan bukan muhrim dalah perkara haram yang tidak boleh di sucikan kecuali bertaubat.

Ringkas perbandingannya adalah, Menyentuh bukan muhrim itu lebih berat dari menyentuh babi. Dan perbandingan ini dalam konteks 'haram bersentuhan' lebih dekat dengan isu feka atau akhlak. Tiada kena mengena dengan konteks 'cinta/kapel/berpasangan act.


Tapi dlm cerita "kapel dan babi" lebih kepada membandingkan diantara makanan yang haram dengan perilaku haram ketika bercinta. logik ke? tehehe.. Jadi, crow rase kite sumua ibarat pernah makan babi lah. Sebab, kite semua pernah bersentuhan dengan bukan muhrim. betul tak? Indahnya islam kalau membandingkan kami begini. koh3..

Jadi setiap contoh yang beri sama ada unsur rekaan atau olahan terhadap penyataan hukum, perlu di kaji dahulu sebelum disampaikan atau di ceritakan kepada umum.

Ni sekadar pendapat crow je tau solihin. Tq, sudi bace entri crow!

(^_____^)

The Crow said...

@mawarberduri

Tq mawarberduri. Walau mawar memberi komen, namun ade ilmu di sebalik komen ni. terbaik!

Komen mawar sesuai untuk konteks "kahwin dulu baru bercinta". Dalam komen mawar, crow fikir hanya satu tahap sahaja yg boleh mengikuti cara itu. Iaitu tahap lelaki atau perempuan yang wajib bernikah. Maksudnya cukup syarat untuk bernikah dan tahap manusia yang mampu untuk memahami konsep baitul Muslim .

Jadi bagaimana pula bagi manusia yang mempunyai rase cinta kepada seseorang namun masih belum cukup syarat nikah/kahwin? Sudah tentu golongan ini akan mencuba suatu hal yg di panggil 'kapel'.

Kite kena faham, seawal usia 12 tahun juga sudah terbit perasaan menyukai kepada jenis berlainan jantina. Apakah reaksi mereka ini boleh di ataptasi dengan cara ustaz dalam komen mawar? menghantar wakil merisik sedangkan mereka belum cukup umur atau cukup syarat bernikah? Jadi apakah cara terbaik bagi golongan ini menempias cinta mereka tanpa mengundang malapetaka?

Islam amat bijaksana dalam merungkai segala persoalan dalam dunia. Jadi jawapan pada persoalan ni sudah ada dalam islam. Nanti kite sama-sama kongsikan dalam entri yeh!

(^____^) tq! koh3..

The Crow said...

Kepada semua yang sudi komen. Thank you so much!

Komen korang memberi impak pada crow dan semua pembaca untuk kita fikirkan bersama. Sama sama lah kita ambil iktibar dan adaptasi di dunia nyata. Yeah!

P/S Eh? Pe cite konsep islam hadhari eh? koh3..

(^_____^)

nurul said...

thanq!! -)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...