March 16, 2011

"Blog Assignment Jejaka Terhangat: Cerita Seram Lagi Menyeramkan"

(Klik la banner)


Ni contest anjuran Jejaka Terhot. Tapi aku bukan cerita sebab contest semata-mata. Aku cuma nak ambil kesempatan ni tuk cerita hal benar yang pernah terjadi. Cerita ini berlaku bukan hanya pada aku, malah pada seluruh keluarga aku. Kepada sesiapa yang ada barah, penyakit kronik atau lemah tenaga dalaman di sarankan skip je entri ni k. 

Sekitar tahun 2003, ayah aku eksiden. Hasil eksiden tu, ayah aku jadi tempang seumur hidup. Dia tak boleh berjalan jauh atau berdiri terlalu lama. Tapi ayah masih juga nak berjalan dan berjumpa kawan2. Bosan sebab kerap duduk di rumah agaknya.

Pada tahun 2005, atuk aku sakit tenat dan nazak di kedah. Ayah aku tak dapat balik kampung sebab ayah tak boleh duduk dalam kereta lama2. Tapi, abang-abangnya memaksa juga ayah aku balik kerana ada sebab tertentu. Sebab tertentu? Jadi aku tanya kepada ibu. Kenapa ayah perlu juga balik sedangkan ayah tak sehat.

Ibu aku menceritakan. Arwah atuk sudah 2 hari nazak. Pak long dan yang lain panggil ayah balik sebab sebelum arwah atuk nazak, atuk ada kata "Kalau aku dah tak lama, aku nak jumpe dengan usu. Aku dah lama nak bagi dia. Kalau usu datang sini, suruh jangan bawa keluarga."

Bagi ape? Pelik. Apa yang ibu aku cerita memberi tanda tanya pada aku. Lebih pelik, ahli keluarga tak di benarkan ikut ayah aku pergi melawat atuk yang sedang nazak. Jadi hari tu, ayah pulang ke kampung bersama dengan sepupu ayah.

Malamnya, ayah menelefon ibu bagitau dia dah sampai. Sambil bercakap dalam telefon dengan ayah, ibu masuk ke bilik. Kami adik beradik tak dapat dengar perbualan ibu. Lebih kurang 20 min ibu kembali ke hall. Aku bertanyakan keadaan atuk. Ibu kata, ayah tak sempat sampai. Atuk sudah pergi menghadapnya.

Keesokan hari, dalam jam 10 malam seingat aku. Ayah aku pulang. Mase tu aku dalam bilik. Bila aku dengar suara ayah, aku pergi ke hall. Ayah aku nampak letih dan berpeluh. Kami sekeluarga berbual. 

Ayah menceritakan tentang atuk. Ayah kata, sampai sana atuk dah meninggal. Cuma Pak Long ada beri satu batu cincin. Ayah kata, batu cincin tu atuk nak hadiah kat ayah lama dulu tapi tak berkesempatan.

Lepas ayah minum. Ayah lihat jam. Masa tu ayah aku cakap "11.45 malam. Dah sampai masa. Ayah tak boleh lama. Ade hal kejap." Kemudian ayah keluar menyarung selipar. Ibu aku tanya ayah nak pergi mana. Ayah tak jawab ape-ape. Ibu cakap kat aku "Entah nak kemana orang tua tu. Dah malam masih nak melepak lagi." Aku hanya melihat ayah aku berjalan kaki terhencut-hencut keluar dari pagar halaman. 

Tepat jam 1.00 pagi. Kedengaran hon kereta di depan rumah. Ibu, aku dan adik yang sedang menonton tv ketika tu terkejut. Jadi ibu aku bangun dan meyelak langsir. Tiba-tiba ibu aku memanggil aku. Aku lihat, ayah aku keluar dari kereta bersama sepupunya. Jadi aku pun buka pintu dan keluar ke pagar halaman. "Aik? tadi Pak Andak takde. Pak Andak pegi mane tadi?" kata aku. Pak Andak pun sapa "Baru sampai. Memang la tadi takde. Ape la kamu ni." Kemudian ibu mencelah "Tadi ayah dah balik, lepas tu keluar kemana? Tau-tau balik dengan andak pulak?"

"Bila pulak ayah balik. Ni baru je sampai. Dah la. Tolong angkat beg. Ayah penat sangat ni." Jawab ayah ku.

Aku dengan ibu tergamam. Diam tak bergerak. "Astaghfirullah.. Ayah... Tadi ayah dah balik. Tak percaya tanya anak2 ni." Dalam keadaan tu, semua jadi tergamam la.

Adik aku tetibe mencelah "Ibu, tadi tu bukan ayah. Takkan ibu tak perasan, kaki tempang orang tu tadi besar. Kaki tempang ayah kurus dari kaki sebelah lagi." 

Ya Allah.. Aku memang tak perasan. Aku dengan ibu siap berbual lagi dengan orang tu. Aku tak nampak cela apa pun. Memang sebijik ayah aku. 

Masa kami masuk ke rumah. Batu cincin sebesar 1 sentimeter masih berada di atas meja. Beg ayah yang ibu angkat masuk ke bilik dah takde. Aku tak perasan ibu bawa masuk beg sebab aku ade dalam bilik masa tu. Adik kata ibu tak pernah angkat apa2 beg pun. Tapi ibu aku nafikan. Ibu aku cakap dia ada bawa beg ayah masuk bilik.

Malam tu, kami sekeluarga dan andak duduk di hall. Ayah menceritakan keadaan atuk meninggal dunia. Sekali lagi kami terkejut. Semalam ayah telefon dan kata tak sempat sampai atuk dah meninggal? Ayah aku ni pulak cerita lain. Ayah cerita masa sampai, aruah atuk aku masih nazak dan meninggal lebih kurang 10 malam. Masa tu call ibu tapi engage. Call 3,4 kali tapi tak boleh. Ayah tak call lagi lepas tu sebab ayah aku ingat line digi tak clear.

Jadi siapa yang call dan berbual dengan ibu?

Ni kisah benar. Terjadi pada keluarga aku. Kawan-kawan terdekat aku tau cerita ni. Dan paling misteri. Batu cincin serai berwarna kuning yang berukuran 1 sentimeter masih ada di sini. Tetapi ayah ku tekapkan dalam bekas kayu yang tak boleh di buka. Kata ayah, batu tu memang arwah atuk punya. Nak di buang tak kesampaian. Nak di simpan berat hati. Jadi di tekap dalam bekas kayu buatan ayah sendiri.


Sampai sekarang aku masih teringat ayat ini
"11.45 malam. Dah sampai masa. Ayah tak boleh lama. Ade hal kejap." 
Dan ayat ini
"Ibu, tadi tu adik tau bukan ayah. 
Takkan ibu tak perasan, kaki tempang orang tu tadi besar. 
Kaki tempang ayah kurus dari kaki sebelah lagi." 




Astaghfirullahalazim... Tegak bulu roma aku nak ceritakan hal ni kat korang. Bila aku fikir, macam tak percaya. Tapi keadaan memang nampak normal sebelum ayah aku yang betul ni balik ke rumah waktu tu. 

Dialog2 dalam cerita ni aku taip ikut ape yang aku ingat je la. Hajat hati nak lupakan, tapi cerita ni memang tak boleh lenyap dari minda aku ni.... Ada yang kata, orang yang menyerupai ayah aku tu adalah pedamping aruah atuk yang turun ke ayah aku.. Nauzubillah.. minta di jauhkan..

Nota : Saya tag Kak Diana dan Echah Fansuri
Jum kite tengok ape agaknye cerita seram Akak dan Adik ni k. keh3..



Sekian~


23 comments:

Rina Rossoneri said...

woooo kenapa 1145 mlm..hmmm

aleen aiden said...

11.45 tu waktu atuk kamu meninggal ke?adess..leteyla den nak duk rumah sorang mcm nih....ngeri.hu3

echah mashuri said...

erkk.takutnyaaa,,siap sempat berbual.ish!takutnyaaa...mesti malam tuh crow xleh tido kan.memang misteri.dahla satu famili.kalau mak ke sorang nampak mybe xlah pelik sgt.apepun syaitan jin mmg wujud kan.

ecah xpernah lak nampak ape-ape.erm.jap nak pikir ade x cite serammm.huhuh

redzuan said...

sumpah aku terasa meremang bulu roma baca kisah ang ni. siang hari baca pun da rasa aura keseraman, kalau baca tgh mlm, apetah lagi. persoalannya siapa yang bercakap dgn ibu ang dan ang bro, dan siapa yang menjelma menjadi ayah ang. wallahualam. so after dr kejadian ni. ada tak kejadian2 pelik menimpa keluarga ang bro. citerla nak tau jgak.

7 Cara Mencari Keyword Popular dan Hot Bagi Meledakkan Traffik Blog

7 Cara Mencari Keyword Popular dan Hot Bagi Meledakkan Traffik Blog

fyy mokhtar said...

seram laaahh crowww oiii ~~ pasti menagggg

The Crow Empire said...

Rosmerry - tah. mmg tak tau ape maksud dia ckp mcm tu. Tp kawan2 ade buat lawak. Dorang cakap bende tu mcm cinderela. Tak blh blk lewat dari jam 12 mlm. keh3..

Aleen!! - aleen kalau takut, hello2 abang ye. koh3..

Echah Fansuri - wu~ mlm tu mmg tak tido. dok kat hall je. nak masuk bilik, sgt seram ok. hehehe.. Jum join echah!

Ridz - Semua masih jadi persoalan. Ramai yg nak merungkai jawapan. Tapi mengarut-ngarut. heheh.. Tu je kejadian yg ada. Tak pernah di ganggu hantu. Nampak hantu jauh sekali. Tapi mesti ade bende tersirat di sebalik kesah yg berlaku pd tahun 2005 tu. seram~



(^___^)

cikintan said...

sumpah seram the crow.


komfem menang ni T.T

Firdaus Kasim said...

biasanya pukul 12 mlm tapi npe 11/45 mlm?

The Crow Empire said...

Fyy - Seram, tapi crow cool je. keh3..

Cik intan - Hi cik intan. Jom la join! heheh..

Firdaus - Itu yg pelik. Tah pasal ape 11.45 malam. Die nak pg clubbing kot. takut tutup pulak kan? koh3.. Jum join!

Cik Adza said...

meremang bulu roma baca crita nih..
*ttiba teringat sesuatu yg berlaku kt kg aritu*



:-s

Solihin Zubir said...

Ya Allah.. sumpah meremang bulu roma aku baca entry ni..
seram!
misteri btol..
siapakah sbnrnya gerangan jelmaan ayah Crow tu..
ish.. Wallahu'alam..

*bulu roma tegak menyacak lg ni.. huhu..

diana said...

seram la crow..
tambah seram sebab ada nama akak dalam entry kamu ni..
ish...

Naddia said...

tanak bace sampai abes!!!!!!!!!!!!1

abg gagak jaat la! sy slalu stay awake smpy lewat mlm!

echah mashuri said...

crow.tak sempat nak up entri la.ingt nak update td.ade keje lak.adoii..dah dua asgnmnt JT terlepas..uwaaaT____T

wath said...

mmg seram. bagi aku cite paling seram bile antu tu menyamar jadik manusia. seram gile >.<

Jejaka Terhangat said...

errr..batu serai..jelmaan ayah..moga2 bukan saka dah la..bahaya saka ni..kalo bukan generasi kita. dia turun kat bawah2 plak..papepon mmg seram baca..

asaimen dicheck..nnti keputusan dah kluar jgn lupa tgk yek..

Wani said...

errr....agk serm.. ngeri

grawwrbabe. said...

salam the crow.. mak oi!!!
giler lahh.mcm hani kena kat hutan tpi hutan kan.. biase lah.. yg ni lagi seram kot... waaa.. siap borak... lau hani n family pon xkan sedar sebb dier ayah kita kan :)

::Miss Pikon:: said...

meremang bulu roma.. grrrr~

♥LyNnDa♥ said...

uishhh seram...meremang bulu kening lin bc cte seram nie...

mrs.cat_meow said...

uishh ..seramnyea..tpy mmg btul la kn dax kcik leyy tngop ape ape

mrs.cat_meow said...

uishh seramnyea..tpy mmg btul la kn coz dax kcik leyy tngop apa apa

Anonymous said...

perlu memeriksa:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...