March 26, 2011

Supermom Contest By Jejaka TerHot!

Kali ini, rakan blogger kita meneruskan lagi aktiviti contest yang menarik.
Beliau adalah :


Klik la kalau nak tau lebih tentang contest ni!


Tapi kali ni aku tak join. keh3.. Apsal aku tak join? Sebab.. erm.. sebab.. aku pun tak tau. koh3.. Contest beliau cool beb. Rugi kalau korang tak join.

Cuma aku terasa nak kongsi pengalaman aku memiliki sorang ibu. Eh? rasenye korang pun ade pengalaman memiliki ibu kan? Ape lagi, join la contest. hehehe..

Ibu aku orang yang biase-biase. Tak tinggi, tak kurus, tak putih. Tapi apak aku sayangkan dia. Pelik aku. koh3.. Ibu aku byk penyakit. Darah tinggi adalah penyakit yang paling teruk dia alami. Dalam setahun je dah berapa kali dia pengsan di tempat kerja.

Ya, ibu aku masih bekerja. Dia masih kuat. Lagipun umur ibu belum mencecah 50 tahun, walau anak2 nye ade yang hampir mencecah 30 tahun. Muda kan? Aku sendiri pun tak percaya. 

Ibu aku suka simpan lagu MP3 dlm hp banyak2. Asyik suruh aku download lagu je. Tapi aku happy bila melihat telatah ibu ketika layan MP3 di Hp nya. Die suka duduk diam2 di sudut sofa dan menyumbat earphone ke telinga. Nampak tenang riak wajah setiap kali dia melayan MP3 nya. Mungkin itu cara ibu berehat setelah penat seharian bekerja.

Setiap hari kelahiran kami adik beradik. Ibu akan memberi kad. Kecuali aku. Dalam kad tu mesti akan tertera ayat "Apa yang kita lakukan hari ini semua untuk masa depan. Beringatlah anakku. Jangan jadi seperti ibu". Setiap tahun juga ayat yang sama. Pelik. Dan aku yang tak akan dapat apa2 kad dari ibu. koh3.. aku pun tak tau kenapa. Mungkin ibu segan nak bagi kad pada aku agaknya. Takut aku bahankan ayat dia. hehehe..

Aku dan ibu adalah pasangan yang kerap bercanggah pendapat. Selalu berdebat. Dan akhirnya ibu menang. Ini Wajib. Kerana debat ibu melangkau berjam-jam lamanya. koh3.. pasti aku akan givup.


Kini.. tangan aku jauh lebih besar dari ibu..


Semua manusia punya ibu. Tetapi cara kita berinteraksi dengan ibu adalah berbeza. Dan setiap ibu pasti ada persamaan. Persamaannya, seorang ibu mengharapkan anaknya cukup dewasa, bekerjaya dan berakhir dengan perkahwinan yang baik. 

Aku sayang ibu. Walau kami tidak sekepala. Tapi itu membuat aku lebih sayang ibu. Dan ibu adalah Supermom aku. Sebab, dari aku lahir sampai sekarang, ibu tak pernah jadi surirumah. Beliau sentiasa bekerja dan terus bekerja. Tidak pernah mengalah dengan penyakit. Demi memenuhi keperluan keluarga. Tabik hormat sama ibu!!!!!


Dari Kiri : Robinho, Kaka dan Fernando Torres. keh3..


Nota : Idea Contest Jejaka Terhangat memang sentiasa hangat! 


-Sekian-



11 comments:

nur aisya humaira said...

Nak sayang ibu TC gak boleh??keh2...
cool laa mak TC ni,layan MP3 tu..wakaka..mak saya lgi tua dri mak tc ye...agak2 brape umr tc ni...30 kah???haha..:)

Rina Rossoneri said...

wooooo romantiknya ibu kamu..
kirim salam ye...hehehehe...

Raden said...

sy nk jadi ibu la...hehe

The Crow said...

Humaira - TC muda lagi. Yang tua tu akak TC. Akak TC mmg dah tua tau. Dah la tua pastu TC kene panggil die kakak. Patut TC panggil dia makcik. keh3.. (Kompem akak sy tak bace) hehe..


Rosmerry - Waalaikumsalam.. eh? Tuk mak eh? koh3.. Romantik? Like mother like son la. heheh..


Mira!! - Mira nak jadi ibu sape? hehehe..

Unknown said...

crow!kirim salam kat mak ek.eh!kat makcik eh.heeee..tp mmg rilek ah mak kamu.siap leh layan lagu.lgu baru2 lak tuh,mak ecah selalu dgr lagu penasaran je...heeee

Anonymous said...

wahh hangat la die nanti. olo2 sweet lor gamba 3 org tuh. >.<

syafiqa said...

hahahh machoooooo

wanacesh said...

haha,,sayang dengan mak ek,,nak tengok mak awak!!

The Crow said...

Echah Fansuri - Kat opis, mak dan kwn2 nya berlumba nak dapat mp3 terbaru. keh3.. Sape yg dpt lagu baru kira paling gempak la. koh3..

Silah - Sweet kan? hehehe itu bukan sy. koh3..


Syafiqa - Macho? dah agak! keh3..


Wanacesh - Tak blh tgk, sebab mak sy pemalu. koh3..



(^__^) Thanks!!

The Crow said...

Kaka Diana - hehehe.. Debat dengan mak? Sy mengalah je tu kak. Sebelum di kalahkan. keh3..

(^___^)

Unknown said...

hehe..memang agak cool mak dengar MP3..mak JT plak dengar radio masa masak kat dapur..radio IKIM..=p

mcm biasa..nice entri drpd the Crow..penulisan crow sangat JT respek..simple dan terasa di hati..nice..=)

asaimen dicheck..nanti keputusannya keluar jgn lupa tgk ye..=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...