January 20, 2011

Sifat Gadis Versus Sifat Jejaka



Pehal pulak la aku tibe-tibe nak tulis pasal hal-hal macam ni? Adoi.. Tapi aku nak tulis jugak dan meluah rase aku pada dunia! Dengar lah rintihan hati serta pandangan aku dari pemerhatian pada golongan Gadis dan Jejaka (bujang).

Sifat-sifat jejaka. Umum lah semua tahu, orang lelaki ni bersifat egois lah, tak romantiklah, panas baran lah, mata keranjang, dan macam-macam lagi yang kerap di protes oleh pihak gadis.

Sifat-sifat gadis pulak umum semua dah faham sangat, bersifat menyalahkan lelaki (ni no. 1), gediks, suka post picture mulut muncung itik (ahaha), berfesyen lah sangat, suka cakap pasal makan, dan banyak lagi yang buat si jejaka merungut kebosanan.

Eh? Tunggu kejap? Gadis pun ego ape. Tak percaya, boleh bace kisah dan pengalaman bro Solihin Zubir tentang ego perempuan. Gadis pun bukanlah romantik sangat. Asyik nak sms 24jam. Romantik ke? Bosan okeh. Dah tu kalau gaduh dengan boyfren ade yang taknak kalah. Siap tinggi suara lagi. Tu bukan panas baran ke? Berapa ramai pulak Gelfren kawan-kawan aku bile gaduh siap baling cawan. heheh.. Gadis oh Gadis..

Si Jejake pun ape kurangnye.... sob2.. cukup gediks bile dapat awek gebu2. Ayat-ayat ala romantik macam budak darjah 3 bercinta. No komen.. Fesyen pulak mengalahkan perempuan. Nasib lah tak bermekup. haha. Ramai yang post picture dengan kereta, moto skuter, isap rokok dan bla..bla.. (klau ade jejaka yg buat muncung itik tu mmg nak kena baling kasut).

Ahaha. Syok pulak aku tulis macam ni. Takpe-takpe, biarkan aku. Jom kite tengok pulak ape persamaan Si Gadis dan Si Jejaka dalam kehidupan seharian.

Persamaan yang mudah di lihat adalah kita semua tak rajin basuh baju. Betul tak? Mesti ade yang cakap "eh tak la, aku hari-hari basuh baju la". Kalau kau basuh bagus lah. Yang aku nak cerita ni makcik dobi tu cakap ramai gadis dan jejaka bujang dok hantar baju kat dobi dorang. Lebih-lebih lagi student. heheh.. gadis muhrim kat rumah aku pun semua jenis malas nak membasuh baju. aku tau la. Lagi pun bini-bini kawan aku pun cakap, kalau masak ok lagi. Kalau membasuh mmg tak minat, basuh pun kalau dah bertimbun.

Lain-lain persamaan? banyak. Jejaka selalu cakap Gadis tak tutup aurat, ni perkara wajib. Kalau pakai tudung tapi baju ketat-ketat buat ape. Huh! Yang jejaka ni, rajin ke solat jumaat? huhu. Gadis pun selalu cakap, aku benci la lelaki pervert! Sape gadis bujang yang tak pernah di cium? angkat tangan. lalala.. ok, bercium tak di kire pervert.. Pada Si jejake pulak, ade ke yang tak pervert bile tgk awek gebu depan mata? Hang habaq mai.. huhu..

Jadi kesimpulannya, aku tak pasti kenapa masih ada yang persoalkan tentang isu kekurangan pada sifat atau sikap lelaki dan perempuan ni. Dah berzaman lelaki dan perempuan wujud. Masih lagi ade yang nak pertikai? Mungkin topik ni mudah menarik minat semua orang. Chill saja. Kite kan satu body. I jadi dari tanah, u jadi dari i. Buruk sikap u pun datang dari i. Buruk sikap i pun datang dari ketidak sempurnaan ciptaan.

Akhir kata yang buruk adalah dari kite, Yang Sempurna itu Dari Yang Maha Esa.

(ah.. aku tak suke cerita macam ni)
-tamat-


(^___^)

12 comments:

Unknown said...

akak pun malas basuh baju..
tapi hari2 kena basuh jugak..
kalau tak basuh
nanti baju habis nak pakai apa kan??
kira macam terpaksa la..

akak selalu cakap kat suami kalau kita ada orang gaji
nak suruh dia basuh baju je..

eh!!ni cerita tentang basuh baju ke???

The Crow said...

kak diana - heheh.. ni cerita pasal pertikaian sikap lelaki dan perempuan. Klau dulu, tugas basuh2 baju ni tuk perempuan. Tapi hakikat sekarang, org perempuan pun sebenarnya tak suka basuh baju mcm lelaki jgk kan? huhu.

Solihin Zubir said...

ahahahhaa..
aku mmg cukup pantang kalau awek gadoh ngan bf, abis disalahkan semua laki..
keluar ayat "lelaki semua sama!'

what the fish? apahal nak salah semua lelaki sbb bf kau?

"bapak kau pompuan ke?"
slumber je aku sound camtu.. heheh..

The Crow said...

Betul tu bro solohin. Jangan kerana Nila setitik rosak susu sebelanga. Kan membazir. Jangan di sebab Bf mereka palat, bro dgn sy yg masih suci gebu ni dianggap palat jgk. tak patut.. tak patut.. keh2

Lovely Bella said...

erk... macik dobi mane nih? heheh aku sll anta gi dobi.. alasan: bz! heheh

The Crow said...

Lovely Bella - heheh.. bz yeh? hehehe.. (^__^)

Solihin Zubir said...

yeke suci? hahaha.. ;-p

The Crow said...

ahaha.. Kite ni kire mcm suci dalam debu la. haha. sikit2 debu tu boleh tepuk2 kasi hilang. but still suci lagi. ahaha..

Aleen Aiden said...

Sifat-sifat gadis pulak umum semua dah faham sangat, bersifat menyalahkan lelaki (ni no. 1), gediks, suka post picture mulut muncung itik (ahaha), berfesyen lah sangat, suka cakap pasal makan, dan banyak lagi yang buat si jejaka merungut kebosanan.

ok yg nih i ols terase..mencik2!sker tau mengate i dlm diam...huk3
(jadi x gedix d ctu?heh..)

The Crow said...

aleen - hehehe.. dengar pantun abang.

Bersimpuh dara mengopek manggis,
Manggis manis masaknya ranum,
Gedik-gedik cik aleen manis,
Gedik cik adik buat abang tersenyum.

(^__^) huhuhu..

Siti Safiyyah said...

heh jejaka ke awek ke same jek kot..tapi bab awek asyik nk sms 24jam tu macam tak bape setuju jek..kalau haku dulu, giler rimas kene report sume mende kat dia..adehlaa kan

The Crow said...

Siti- Biase la. Kalau perempuan terkenal dgn sikap queen control nya. Lelaki pulak terkenal dgn sifat co-supervisor. Semua bende nak kene repot. lepas tu klau ade yg tak kene mesti complain. Nak2 pulak jenis co-supervisor yg kerek. Mau kene briefing 8 jam. heheh..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...