March 24, 2011

Kisah Orang Bujang

Kali ni aku nak cerita pasal orang bujang pulak la. Eh, tunggu kejap? Pernah ke aku cerita pasal orang dah kahwin sebelum ni? keh3.. 

Orang bujang bermaksud seseorang yang belum berkahwin. Yang menduda dan menjanda pula di kira separa bujang. Separa bujang? Ye la, dah single tapi ade anak. Kira separa la. koh3.. Yang masih takde anak tu boleh dipanggil bujang penuh tak? hehehe..




Hidup bujang si lelaki zaman sekarang terbahagi kepada beberapa fasa umur. 18-25 tahun. Waktu ni kebanyakan masih mencari identiti diri. Sambung belajar atau terus kerja. Waktu ni juga masih mencari-cari apa yang hendak di perjuangkan dalam kehidupan. Salah langkah gelap masa depan. 25-30 tahun. Waktu ni kerjaya adalah perkara no 1. Kerjaya yang nak di capai adalah mengikut kehendak diri masing-masing. Ada yang tak suka bekerja di bawah orang. Ada pula nak berjawatan tinggi. Gaji jangan cerita lah. Semua nak yang tahap 3,4k sebulan. Mudah nak sara anak dan bini-bini katanya. Ade pulak yang berangan nak jadi jutawan. Masuk MLM dalam usia muda. Bagus! Tapi nak kaya biar setampil dengan usaha.

Hidup bujang si perempuan. 18-25 tahun. Waktu ni, berkapel adalah kewajiban. Apa yang di nanti adalah perkahwinan. Sambil-sambil nak tunggu waktu berkahwin, maka dorang mengisi masa 4,5 tahun untuk menimba ilmu di IPT. Boleh dapat kerja baik. Kononnya bila sudah berkahwin boleh bantu suami. Ye ke? keh3.. 25-30 tahun. Waktu ni kahwin adalah matlamat. Mudah tertekan bila jemputan kad kahwin rakan-rakan dihulurkan. Lebih-lebih lagi bila mulut mak jah bertanyakan bila nak kahwin. Hanya sengih sumbing sebagai jawapan. Balik rumah, strees guling-guling. koh3..

Perbezaan lelaki dan perempuan masa bujang sangat ketara. Waktu bujang bagi perempuan, masa ni lah nak hang out dan lepak-lepak dengan rakan. Kalau dah kahwin mesti suami tak bagi. Tapi kalau lelaki, bujang ke dah kahwin ke sama. Janji ade member ajak ngeteh. Jom aje! keh3..

Waktu bujang adalah masa paling penting untuk memastikan arah tuju kehidupan selepas berkahwin. Cuma kadang-kadang ada yang meremehkan segala. Janji ade duit. Kahwin. Agama entah ke mana.

Orang bujang bila dah hampir nak kahwin. Nak majlis sederhana. Tapi tempahan majlis 20-50 riban di hotel terkemuka. Kalau di rumah, majlis wajib ada 10 khemah. Zaman sekarang.. Yang itu di kata masih sederhana. keh3.. Bila majlis 'sederhana' itu di jalankan barulah senang hati nak jemput rakan-rakan. Especially rakan bujang.

Apa pun, aku sebagai sebahagian dari orang bujang di Malaysia ingin menyuarakan pendapat bahawa kenaikan mas kahwin bukanlah mendatangkan apa-apa faedah. Tetapi pergiatkan faedah-faedah dalam perkahwinan dan persiapkan anak muda dengan erti perkahwinan yang sebenar. Jangan nanti dah kahwin, tak sampai 5 tahun jadi bujang kembali. Ade ke? ramai... sob2.. dah macam artis pulak. koh3..


Nota : Ape yang aku tau, kalau nak kahwin kene pergi kursus.
Lepas tu bagi duit hantaran dan duit belanja majlis.
Jumpe perunding perkahwinan untuk buat tempahan majlis. 
Eh? Apsal tak same dengan sunnah Nabi? 


-Sekian-

11 comments:

azi nur said...

i bujang antara 18-25...dan selama2nye bujang..ehh? haha

nur aisya humaira said...

TC,ble nak kawin???jom kawin...keh2..:p

Unknown said...

uhuhu.betul2.org pompuan.takut jadik andartu bila 24,25 belum jmpa jodoh lagik.uhuhu.crow lak?belum bertemukahhh?dalam lingkungan berapakah?ermm...25-30 kannn????heeeee

Unknown said...

mas kawen akak dulu 1001..
hantaran...erm..resia..!
hehehe..
adik ipar akak ni nak kawen bulan 10 ni..mas kawen 2000..
hantaran..pun resia..
maknanye makin lama makin mahal mas kawen..
belum kira hantaran makin naik lagi..errr..nasib baik dah kawen!!

Rina Rossoneri said...

nak kawin pun susah..
kursus kawin pun xgi lagi..
kena gi eh..hehehe

A.I said...

setuju gagakkkk.........

AKU NAK KAWIN, MAK AKU PON TAK KISAH MAS KAWIN, HANTARAN PER SUMAAA. TAPI..................

macik aku ckp, HANG STUDENT DEGREE, BUAT KENA FITNAH JAA HANTARAN SIKIT!

what??? hantaran sikit kena fitnah??? SAPA AJAQQQQQ???

this is world. kangg aku kawin tak nikah kangg! hahahahak. joke....

yes impact byk, perosak anak bangsaa! tah paperr!

The Crow said...

Nur - Jangan membujang selamanya. Kahwin itu nikmat dunia. rugi tak merasa. heheh..


Humaira - err.. segan ar.. err.. malu ar.. err.. Jum la!! tehehe..


Echah Fansuri - Crow muda belia. Male/single/20. koh3..


Kaka Diana - Kalau tau mcm ni, sy ikut kawen skali dengan akak dulu. Mesti murah sikit dari sekarang. Aih~ Nak cari isteri dari Maghribi la mcm ni. Lebih murah malah berkulit mulus. hehehe..


Rosmerry - ape susah? rina pinang je abg crow. pastu kite pi kursus same2. setel! koh3..


Aisha - well.. crow dpt rase ape yg aisha rase. Crow juga mengalami hal yg sama. Buah hati degree. Tapi crow blaja atas pokok je. Tak kan sama enggang dengan pipit. Uh~ emosi... sob2..




(^___^) Thanks komen eh!

Bunga said...

hahaha..kena cari pasangan ni.hehe..

fyy mokhtar said...

tc : hehhe. jangan hidup bujang lelame tao.

Solihin Zubir said...

lagi.. nk tambah! jgn kawen dlm masjid sbb bukan sunnah nabi.. haha.. sapa la yg memandai wat statement tu kan.. adesss..

crow bila nk kawen ni? bunyi mcm dh makin dekat ja.. haha..

The Crow said...

Bunga - Boleh cari pasangan di fesbuk tau. koh3..

Fyy - Tak lama. kalau fyy sudi. koh3..

Solihin Da Bro - Buat kat masjid boleh juga. Tapi yang salah, tidak buat pemisah antara lelaki dan perempuan. hehe.. adik yg nak betunang tengah tahun ni. Sy pun belum merasa lg. koh3.. Bro bila lg?



(^___^) Thanks!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...