February 9, 2011

Aku Soal, Engkau Jawab? WTH?

Pernah rakan-rakan dunia realiti mengajukan soalan kepada aku. Namun mereka katakan jawapan aku tidak seperti yang mereka mahukan. Mengapa? Mereka mengujar tanya, jadi aku menjawab selamba. Ada yang kata, aku tidak faham soalan. Jadi aku jawab, engkau pernah faham jawapan? 

Apakah maksud Sayang? Aku jawab Tolong.
Apakah itu Ilmu? Aku jawab Air.
Apakah itu Cinta? Aku jawab Taat.
Apakah erti Lumrah? Aku jawab Takdir.
Apakah maksud Dunia? Aku jawab Cermin.
Apakah erti Sahabat? Aku jawab Cinta.
Apakah maksud Suami/Isteri? Aku jawab Hamba.
Apakah erti Bodoh? Aku jawab Nafsu.
Apakah erti Ikhlas? Aku jawab Akal.


Dan dia si pengikut dacing bertanyakan "Apakah erti Adil wahai The Crow (bukan nama sebenar)". Aku cuma menjawab.. "Kekal". "Mengapa? Bukan kah adil itu bermaksud sama rata atau tidak berat sebelah." Tegas pengikut dacing. Aku jawab "Itu bukan maksud. Itu tekaan. Adil bererti Kekal. Bukankah kekal itu tidak boleh di ubah, di cela dan di khuatiri? Itu lah sebenarnya adil". "Jadi apakah maksud Kekal pula? Adakah ia lumrah?" Aku menjawab. "Tidak. Kekal itu Allah S.W.T. adakah Allah itu lumrah? Engkau fikirkan lah semula apa erti Adil wahai pengikut dacing." 

Nota : Jadi, kepada rakan-rakan aku di luar sana. 
Jangan ajukan soalan jika tidak mahu faham jawapan.

(Maaf Sedikit Unsur Politik)



Apakah erti Cantik? Aku jawab Perempuan.


Sekian~

5 comments:

A.I said...

lecturer aku ajar ada dua jenis ilmu, subahat and pengadil.

kalo pengadil tetap/kekal.

adil=kekal!

yes, adil perlulahh kekal. kekal selamnyaaaa! dont ever change it prinsip sebab it harm u a lot... not only u kerajaan sekali.. grr!

azliah mohamed said...

perempuan itu mmg cantik...hehe...halusnya ciptaan Allah yg x mungkin kita akan faham resipinya

Fariq Jalil said...

the crow.. apa ertinya kamu tanpaku? heheh..

aku tak sehebat the crow nak bagi komen panjang ni,, cuma angguk je la.. thnx for sharing ilm.

Raden said...

lau tnye aku ape itu kacak, aku ckp lelaki

The Crow said...

Aisha Inani - Ilmu ape ek? best tu. sy nk tau. huhu blh bual pnjg nnti.

Astronomi - hehe betul tu. Kebesaran Allah tiada tandingan.

Fariq IDH - tu soalan tuk sy ke? klau mcm tu sy jawab tanpa fariq, sy tidak mengenal 'netkl'. keh3... thanx sgt.


Mira! - Sape yg tanye? tkde sape tye mira pun? hehehe.. gurau2.. Ape itu mira? Sy jawab gadis jawa. heee~


(^_____^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...