February 13, 2011

Kisah Nikmat Buah Durian!

(Amaran : Bacaan Untuk 18tahun dan ke atas)

Ceritanya begini. Pada suatu hari, ketika Leman berusia 6 tahun. Beliau di bawa oleh ayahnya pergi ke kebun peninggalan aruah atuk. Di sana mereka meninjau-ninjau kebun yang telah lama di tinggalkan itu. Tiba-tiba "Gedebuk!!". Leman dan ayahnya segera menuju ke satu pohon yang masih lagi rimbun. "Ayah, bunyi macam datang dari pokok tu. Pokok ape tu ayah?" Tanya Leman. "Oh, itu pokok Durian. Tengok Man, ade buah Durian dah gugur." Kata ayahnya.  Maka mereka berdua kupas Durian itu dan makan.

"Erm sedapnya buah ni Ayah. Sangat sedap. Leman nak tanam la banyak-banyak pokok ni" Leman teruja. "Boleh Leman. Ini lah nikmat rezeki Allah yang paling sedap di dunia. Nanti kite tanam ye Leman." Kata ayahnya. Sejak hari itu Leman sangat suka akan buah Durian. Siang malam hanya dengan pokok Durian. Balik sekolah ke pohon Durian. Lepas ngaji ke pohon durian. Masa Nak tido pun tinjau pokok Durian dulu. Begitu lah tahap obses Leman. Sehingga di gelar Leman Durian.


Durian Paling sedap kan ayah? Erm.. Paling sedap anakku..


18 tahun kemudian. Lepas menghabiskan pengajian di UPM. Dia lantas menghabiskan masa mengusahakan kebun Durian arwah atuknya. Di bina rumah pun berdekatan dengan kebun durian. Sehinggalah apabila Leman mencecah umur 32 tahun. Tiba suatu hari, Ibubapanya risau dengan keadaan Leman yang asyik dengan Pokok Duriannya. Di tanya oleh ibu " Leman.. Bila kau nak kawin? Ibu teringin nak menimang cucu ni".  Lalu Leman menjawab "Tiada nikmat tuhan sebaik pohon durian ini ibu. Pohon ini mengeluarkan buah yang sangat sedap. Dan paling sedap dalam dunia. Jadi Leman kena habiskan banyak masa untuknya" Maka mendengarkan Leman berkata begitu. Ibubapanya hanya mengeleng kepala.

Sehingga umur Leman menjangkau 40 tahun. Ketika itu datang seorang tua meninjau kebun Leman. "Wahai Leman. Apakah perkara paling nikmat dalam dunia ini?" Tanya lelaki tua itu. Jawab Leman "Rasa buah Durian yang di jaga penuh ikhlas." Kemudian Si Tua itu tersenyum sambil berkata "Esok, akan hadir seorang wanita ke rumah kamu. Wanita itu bakal menghilangkan segala rasa enak buah Durian kamu." Tercengang Si Leman. "Ini tak boleh jadi. Habis apa yang saya perlu lakukan? Saya tak mahu ada yang menhancurkan rasa Durian yang saya jaga selama berpuluh tahun." Kemudian Si Tua itu berlalu sambil berkata "Nikahi dia, supaya dia tidak menentang apa yang kamu mahukan."

Keesokannya, seorang gadis datang bersama keluarganya melawat keluarga Leman. Terus Leman mencelah "Ibu! Saya mahu menikahi dia" Tersenyum seluruh keluarga gembira melihat perubahan Leman. Selang sebulan mereka di kahwinkan.

Hari pertama perkahwinan. Leman berdua bersama isteri di dalam bilik. Berlansung hari kedua. Juga hari ketiga. Ibubapa Leman menjadi risau. Sejak Leman berkahwin leman tidak muncul-muncul. Maka di ketuk pintu bilik pengantin itu. "Tok..tok..tok.. Leman, anakku. Kamu bagaimana?" Ketukan itu di balas. Leman keluar dari bilik. Kemudian Leman memengang tangan si ibu dan berkata "Ibu.. ampunkan Leman ibu. Selama ini Leman taksub. Leman silap. Rupanya ada perkara lain yang lebih sedap dan nikmat dari buah durian itu." Maka dengan selamba ayahnya berkata "Itulah. Nikmat tuhan ni luas Leman. Bukan sekadar buah Durian." Lalu Leman berkata "Erm.. dulu ayah yang kata durian nikmat tuhan paling sedap?" Tersedak Si Ayah "Erk..??"


Nota : Melentur buluh biar dari rebung. Salah lentur, boleh jadi masak lemak rebung.. Keh3..


Sekian~

21 comments:

cikintan said...

the crow !!
lama tidak berkomen komen
jenguk2lah ke blog terbaru.
masih picisan:)

www.thespaceisempty.blogspot.com

Fariq Jalil said...

kehkeh.. dalam maknanya ni,, leman dah jumpa nikmat baru dia.. crow bila lagi,,?? :p

The Crow said...

Cik Intan - ah~ Masih ingat kan sy? heheh.. mana menghilang? kamu sihat2 ya? Kenapa dengan blog lama?

okeh, sy follow yeh. (^___^)

Fariq IDH - Err.. sy muda lagi. Fariq tu dah pandai cite2 pasal perempuan kat blog. Patut fariq la kahwin dulu. Nanti cite ape nikmatnye ye. Sy tak faham la. keh3... (^___^)

Unknown said...

Kahkahkahkah tumpang gelak guling2 jap ye !!

cikintan said...

mana ada blog lama.haha.
yang lama lama itu biarlah, mari kita mula yang baru baru.
refresh :)

The Crow said...

What? - heip kamu dah cukup umur tak nak bace? keh3...

Cik Intan - hehe.. Nampaknya yang baru semakin menampakkan lisan yg matang. ah~ itu yg sebaiknya. hehehe..

(^______^)

Raden said...

wow! ade lgu glory2 man u!
kamu kawan sejati sy mulai skrg!
glory2 man united~
hoh!!!!!

The Crow said...

Mira!! - oh kamu peminat Man U? Wah~
*kelip-kelip mate* keh3..

(^________^)

Rina Rossoneri said...

hahahahahahah okeyyyy moralnya jgn salah bagi nasihat waktu anak2 masih kecil...hahahah

Unknown said...

sebab tu akak selalu kata kawen itu best..
hahaha...


kat bota tengah musim durian ni..
tak merasa lagi durian kampung..
nikmat tuhan paling sedap!!

Aujinz said...

Owh leman..

sampai kau lupa diri leman???..
dahhhsyattt.. koh koh koh

The Crow said...

Rosmerry - heheh.. Kene ambil pendidikan moral la camni. keh3..

Kaka Diana - Kahwen tu best ke kah? ah~ na kawen la mcm ni. keh2..

Aujinz - hehe dah dapat sedap. Sape yang tak lupe diri. ahaha..

(^____^)

feeza macho said...

err err err , no komen ! :p

Cik Adza said...

crow >> kelip kelip mata..

The Crow said...

Miss Feeza - Err.. err.. pk ape tu? keh2..

Cik Adza - lame tak update? erm? wonder~ (^___^)

Solihin Zubir said...

perghh! obses dgn durian smpai camtu skali? ahaha..
bila dpt nikmat pengantin, 3 hari tak keluar bilik.. gila btoi! lunyai bini dia.. heheh...

The Crow said...

Solihin Da Bro - kah3.. bro pk ape? adeh.. biase la. hari pertama buat ehem2! hari kedua buat tuttt! hari ketiga buat tettt! kah3..

(^____^)

Cik Adza said...

crow >> ari2 update kt tepi tuh.. tp ari2 akan ilang sebab dia bertukar ganti. hehhe~


15hb esok kn? *sigh*

The Crow said...

Cik Adza - janganlah sigh. kalau ade prob share la di blog. Dan kite same2 bantu setelkan prob tu. (^___^)

Cik Adza said...

crow >> xperlu semua benda nk mengadu kt dunia kn..


:p

dRopPuc!noo™ said...

aaa... droppu x cukup umur lagi da terbaca nih cane.. XD

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...