February 4, 2011

Nak Kahwin Tak? Ala.. Jum la!

Cuti Raya Cina ni, ramai yang tak lepaskan peluang untuk mengadakan (mengada-ngada ni) majlis perkahwinan. Lusa, kawan seangkatan usia dah kemaruk nak kawen.. heheh.. Esok pulak sepupu sebaya aku nak kawen. Aku jugak yang jadi bujang lapok... ape ade hal? Lone Ranger. ahaha.. haha..ha..hampe.. sob2....

Tetibe pulak aku terpikir. Dalam perkahwinan pasti di lakukan atas 2 cara. Pertama, cara pakai redah. Simple! Pen merah pen biru, U marah, I loowve U. Love sampai tua tau! Okeh, Lepas tu kawen. Cara kedua adalah yang di sarankan oleh Agama Islam. Islam menekankan ciri2 memilih bakal suami dan isteri. Bukan jadi 'memilih' ye abang2 sekalian. heheh.. Jadi, di sebabkan aku pun belum pernah pergi ke kursus kawen yang bukan free (berbayar okeh). So tergerak hati nak bace pasal kahwin2 ni. Aku google2 la pasal kahwin (sebab free). Aku bace mane yang best. Dan timbul sesuatu yang hendak di kongsikan. Lihat di bawah :


(Untuk wanita)
“Disukai bagi yang ingin menikahkan anak gadisnya agar memilih pemuda yang bagus parasnya. Kerana kaum wanita juga menyukai apa yang disukai oleh kaum lelaki.”
(Ahkaamun Nisaa’, hal. 203)


(Untuk Lelaki Tulen)
“Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik…” (an-Nuur 24: 3)


(Untuk Umum)
Berdasarkan dari Anas Bin Malik r.a. ia berkata:
“Seorang wanita datang menawarkan dirinya kepada Rasulullah S.A.W. Ia berkata: “Wahai Rasulullah, apakah engkau mempunyai keinginan untuk menikahiku?””

Puteri Anas berkata:
“Betapa sedikit rasa malunya, alangkah buruk wanita ini, alangkah jelek wanita ini!”

Anas berkata:
“Dia lebih baik daripada dirimu. Ia mencintai Rasulullah s.a.w. dan menawarkan dirinya kepada beliau.” (Diriwayatkan oleh Bukhari, 3/246, an-Nasa’i, dan Ibnu Majah


Banyak lagi ciri-ciri yang di sunnahkan oleh Rasullullah S.A.W. tapi yang di atas ni lebih membuka minda aku. Syok bace. Baru tahu, islam juga tidak menghalang wanita untuk mencari pasangan hidup yang hensem2. keh2.. Jadi rupa paras lelaki jugak di titik beratkan. Bukan nye lelaki je yang asyik2 nak carik awek2 cun untuk dibuat bini. heheh..

Yang kedua tu best. Sedarlah, Orang yang berzina adalah hanya untuk penzina. Saranan Dari 'Belia Benci Zina'


Yang ketiga, soal perigi cari timba. Come on babe. It's okay. Aku tahulah adat melayu ni berpantangkan wanita mencari lelaki. Malu anak perempuan terhegeh-hegeh (sapa yg kata?). Tapi Fahamilah kiasan orang tua2 dulu baru nak cakap. Perigi cari timba tu bukan lah bermaksud perempuan tak boleh carik lelaki. Tetapi maksud mereka, Perigi tu berair. Timba tu kosong. Kalau perempuan yang dara atau masih berseri pergi mencari lelaki yang jahanam contoh pada agamanya. Maka bagaimana keadaan bila berkeluarga nanti?

Perigi cari Timba? Wat de hel?

Sebab tu jgk la orang dulu2 ade cakap, pantang anak dara kahwin dengan orang lelaki berkulit halus. Bagi mereka orang lelaki berkulit halus adalah lelaki pemalas. Taknak bekerja. Kesimpulannya perigi (perempuan) ni bakal jadi perigi buta (air kering) kalau pergi cari timba kosong (lelaki hampeh). Alamatnye, perempuan yg akan sara keluarga kalau cari lelaki malas. Biasenye perempuan mcm ni akan hilang seri kewanitaannye (perigi buta) kerana sibuk sara keluarga. Sebab itu lah orang2 tua menasihatkan supaya perigi jangan cari timba. Faham ke? aku tak pandai nak memberi penjelasan. keh2..

Tapi biaselah.. Mind set orang kite ni dah tebal dengan peribahasa tetapi maksud kiasan atau erti tersirat tu tak cuba di fahami betul2. Ingat, Islam tidak pernah menghalang wanita mencari lelaki atas tujuan yang baik. Dan adakah Orang tua2 kite meletakkan peribahasa ini dengan membelakangkan agama? Tidak. Orang tua2 zaman dulu lebih bijak. Maka kiasan-kiasan seperti peribahasa ini mereka ujarkan agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas untuk setiap anak cucu bangsanya supaya cerdik dan menjadi pemikir kepada setiap tindak tanduk melalui peribahasa yang mereka tinggalkan beratus tahun lamanya.

Maaflah.. aku ni tak pandai nak jelaskan tentang sesuatu hal. Kalau ade sesiape yang bace entri ni, harap faham2 sendiri lah ye. Jangan jadi salah faham suda. heheh.. Tapi 'Perigi cari timba' ni aku pun tak pasti mane datangnye. Jenuh jugak mencari makna. Takde dalam Kamus Dewan. Mungkin peribahasa bisik orang kebanyakan yang terpatri hingga hari ini. 'Enau memanjat Sigai' pun lebih kurang maknanye dengan 'Perigi mencari Timba'. Taktau lah aku yg mane satu paling tepat untuk menggambarkan peribahasa ni. heheh..

Akhir kata, Islam memperkenalkan teknik-teknik memilih pasangan yang baik. Bukan untuk jadi jenis yang 'memilih' pasangan okey. keh2..

Nota : Selamat Pengantin Baru Buat Rakan dan Sepupu Ku.
Buat anak cepat2 okeh. Boleh aku kitai anak korang sok. keh3...

(^___^)

7 comments:

Solihin Zubir said...

haha.. aku pon kdg2 rasa nk suruh mak ayah cari ja lg sng..
bercinta pas kawen lg syok.. heheh..

Fariq Jalil said...

wah nak ikut SZ la bervinta lepas kawin,, tapi nak kawun mmg kena pilih bebetul la, pastikan orang tu kita kenal.. :p

*en.crow.. harini turn buat cerita ye.. senarai cerita bley semak sini http://www.fariqscorpio.com/p/aku-seorang-blogger.html. btw. 2 episod kedua last, paham2 je la ye.. :p

*link sy kat bloglist en.crow dah bley tukar dah,, saya dah betulkan feed..

The Crow said...

Solihin The Bro - Kahwin mak ayah carik tak adventure la bro. Klau try kawen dulu baru pilih, baru adventure. hehehe..

Fariq - thanx bro ingatkan aku. Aku btol2 lupe pasal entri ni. Adeh.. gelabah aku pi bace semua episod. kah2..

Unknown said...

wah..
lelaki memang minat kan entry2 gini..
akak tengpok solihin dengan fariq kalau cerita bab2 kawen ni mesti depa orang terawal yang komen..
hahahha

Fariq Jalil said...

@akak diana..
muahahaha,, mesti la,, dah nak dekat2 seru la bak kata orang.. :p

Mrs Nurul said...

maha suci Allah..allah maha bijaksana..dia merancang dgn baik..jodoh itu sudah tertulis..kita usaha terbaik..




Jeng3x…
# Malas Nak Sembahyang Sebab Sakit#
# Bottle Of Hopes @ Wishing Bottle (Botol Rahsia…) #

The Crow said...

Kaka Diana - biase ler.. org pempuan klau dah kawin senyap. Tapi org lelaki, bujang ke dah kawin ke tetap cerita bab2 kawin jgk. keh2..

Fariq I.D.H - peh.. seru ke dah tak tahan? kah2..

Neon Light- Betul. Itulah takdir. heheh..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...