February 7, 2011

Pujian Blogger Cantik (Edisi Balas Entri)

Hehehe.. Apsal aku buat entri ni? Of coz la aku ni dah takde keje lain. Keh3... Jadi, entri ni di buat adalah untuk mencatas entri dari blogger INI. Ahaha.. Saje je aku buat entri balas membalas. Kan lebih merapatkan siratulrahim. Tak gitu? heheh.. Jangan salah faham dah la yeh. keh2..

Ok, untuk memulakan perbahasan. Aku senang untuk menekankan di sini, pujian itu adalah perlu. Perkara yang di fokuskan adalah berunsur Pujian Cantik kepada Para Blogger. Pendapat aku ini tidak termaktub kepada hukum-hukum dalam islam semata. Aku juga melontarkan pendapat mengikut qiyas dan mantik. Logik akal.

Aku pun bukan pandai sangat bab2 agama. Tapi ape salah kalau kite share same2 kan? Ilmu nih. heheh.. Aku share Ilmu dgn korang. Korang  share la skit nuffnang. ha~ kan best. Ingat, tangan yang memberi adalah lebih baik dari tangan yang menerima tau. keh2...

Ah~ back to story, pelbagai pujian kepada fizikal manusia dari segi rupa paras adalah perkara biasa. Tapi ada di antara mereka juga tidak suka memuji secara rambang kerana menekan kan ayat ini "Don't jugde a book by its cover". Soal memuji atau tidak, ia tertakluk kepada terma dan syarat niat dan cara pujian itu di lontarkan.  Dan bagi aku, sesiapa itu harus memuji dan di puji. Tetapi perlu di tekankan dalam tahap ala-kat (ala kadar). Pujian berunsur humor atau menggalakkan senyuman bukankah lebih baik? 

Aku tertarik dengan petikan saudari Aishah Inani. Beliau mengutarakan petikan dari riwayat Abi Bakrah r.a :

“Daripada Abi Bakrah radiallahu anhu: Bahawa seorang lelaki telah memuji kebaikkan seorang lelaki yang lain di hadapan baginda nabi sallallahu alaihi wassalam,maka baginda pun berkata:
“Wahai lelaki,Kamu telah memancung tengkuk saudaramu sendiri”


Cube kite lihat yang ini. Dari riwayat Al-Bukhari dan Muslim pula :

Nabi S.A.W. tidak memuji di hadapan orang yang bersangkutan secara langsung, tapi di depan orang-orang lain dengan tujuan memotivasi mereka. Suatu hari, seorang Badui yang baru masuk Islam bertanya tentang Islam. Nabi menjawab bahwa Islam adalah shalat lima waktu, puasa, dan zakat. Maka Orang Badui itupun berjanji untuk menjalankan ketiganya dengan konsisten, tanpa menambahi atau menguranginya. Setelah Si Badui pergi, Nabi S.A.W. memujinya di hadapan para Sahabat, “Sungguh beruntung kalau ia benar-benar melakukan janjinya tadi.” Setelah itu beliau menambahi, “Barangsiapa yang ingin melihat penghuni surga, maka lihatlah Orang (Badui) tadi.” (HR.Al-Bukhari dan Muslim, dari Thalhah ra.) 

Jadi ape konklusi nya? Tanya lah sama band Hujan. Keh2.. haa~ gurau2.. Ape yang kite boleh faham di sini, dari petikan pertama seorang lelaki memuji seseorang di depan Rasullullah S.A.W dan pada petikan yang satu lagi, Rasullulllah S.A.W juga memuji seseorang di depan orang lain? Eh? What is going on?

Heheh.. aku pun tak tahu ape cerita sebenarnye. keh2... Tapi bagi pendapat aku, kedua-dua riwayat ini tidak memfokuskan teknik pujian yang sebenar dalam islam. Mungkin ada cerita di sebalik sabda Nabi S.A.W ini di riwayatkan. Bukan untuk di jadikan dalil bagi cara memuji.


Sape kah ini? Comelnye. keh2.. Datin ni Oi~

Pujian atas dasar cantik semata-mata adalah naluri biasa yang ada dalam diri setiap manusia. "Wah hensemnye mamat tu. Dah la hensem, Jambu macam Solihin pulak. Peh..." keh2.. Dari sini anda dapat lihat. Keunikan dalam memuji adalah berunsurkan dari pelbagai gaya. Ada yang niat hanya bergurau senda, ada yang betul-betul mengkagumi seninya ciptaan Allah SWT. Ada juga yang memuji dalam nada perli, puji berniat mengambil kesempatan ke atas nuffnang korang dan ada yang memuji sebab takut. so terpakse puji. keh3...

Watever it is. Puji lah dalam niat yang baik. Atas alasan apa dan mengapa anda memuji? Tepuk dada, tanya selera. Sekian sahaja isu perbahasan politik ini. Kesimpulannya, minyak tetap naik harga. Arghh.. Tension. Memang teramat mulia dan cantiknya keadaan harga minyak yang di atur kerajaan sekarang ini kan? (pujian nih) keh3...


Nota : 
Jangan pandang-pandang. 
Dari mata turun kehati,
Jangan di kenang-kenang,
Yang cantik juga berduri.

Korang tak perasan ke aku dah pandai gune 'Striketrough'? Macam ni "Striketrough" keh3...
Hebat tak!??

(^_____^)



8 comments:

A.I said...

hahaii AI in the house!
wakaka.

aku kan dah cakap, bukan tak boleh puji cuma jgn puji depan2. tak elokk...
dlm hadith tuh pon nabi puji tapi tak puji depan2 kannn?? see thats what i said.

byk lagik sebab tak boleh puji depan2 nihh. antaranya let say nabi puji org yang masuk islam tuh depan2, dia akan rasa angkuh and maybe dah tak buat mcm nabi ajar sebab dia dah di puji...

puji one of reinforcement technique in psychology, so it can be done, but know the limit. hee~

peace, kita tak gadoh kan? kita kan kawannn. grr!

The Crow said...

Aishah Inani - heheh.. Btol. Sy suke gaye kamu mengolah cerita dalam blog. Walau agak ganas, tapi cool~ hehe.. nice entri. This feedback post Just For Ur nice Blog. (ok, aku tak pandai cakap org putih.) hehehe..

Salam kenal yeh. hehe..

(^______^)

Fariq Jalil said...

mane button like ni en.crow.. adeh,, baru ingat nak like je.. :p

Unknown said...

kalau puji bisik2 je ok la kan..
tapi puji bisik2 tak best la..
orang lain tak nampak keikhlasan kita memuji tu..hahahahah..
ikhlas ke??

Raden said...

uwaa..muke datin tuh cam aku. sile puji aku depan2! haha
sunggoh aku ini keras kepale.
panjang beno entry kamu wahai gagak. nseb bek kamu antare blogger yg aku syg, so aku bace smpy abes.
aku xpuji depan2 nieh.
puji lam ruang komen. ^^

The Crow said...

Fariq IDH - Button like tercabot. Tah mane cicir tadi. Mesti jatuh kat blog Aisha. Heheh..

Kaka Diana - Kalau puji kuat2 takpe. Tapi jangan puji berkias. Tak ikhlas. heheh

Ayang : Erm.. Abang bibi nampak hensem la hari ni.
Bibi : Uhuk2.. Eherm.. herm.. huk3.. (ni tak lain, mesti pasal ansuran gelang kat bedah tu)uhuk..


Mira! Pewit! - heheh entri panjang2 kan sedekah. Lagi panjang lagi byk ilmu boleh dapat. he3...

Unknown said...

wahh..post yg baek..tgk sini pulak version Jejaka Terhangat:

Apa Akan Jadi Kalau Kita Puji Perempuan Tak Bertudung..??

Rina Rossoneri said...

hai Crow, Crow nampak gagah hari nih, dengan bulu hitamnya yang lebat, muncungnya yang tajam...wah!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...